Di sini..
Kisah ku bermula. Coretan ku khas buat suami tercinta. Sayang cinta abang kerana Allah. :)
"Aku nikahkan dikau dengan anakku Wan Normaya Nadia Bt Wan Azmi dengan mas kahwinnya RM____ tunai."
Dengan tenang si dia menyahut..
"Aku terima nikahnya Wan Normaya Nadia Bt Wan Azmi dengan mas kahwinnya RM____tunai."
"Alhamdulillah................." sahutan suara orang ramai kedengaran. Mereka mengucapkan syukur.
Suamiku melafazkan akad nikah dengan sangat tenang dan lancar.
"Alhamdulillah, sekali lafaz." bibirku berbicara. Aku mengaguminya. Diriku tersenyum bahagia. Aku memandang kehadapan. Aku lihat si dia turut tersenyum. Aku bertambah gembira.
"Ya Allah, tidakku sangka dialah jodohku. Indahnya perancanganMu. Moga cinta kita sampai syurga sayang." hati kecilku berbisik.
Selesai akad nikah, bapa mertuaku membacakan doa. Orang ramai mengaminkannya Terdengar sayup-sayup tangisan suara abah mertuaku ketika membaca doa. Aku turut menitiskan air mata. Ya Allah, air mata ini air mata bahagia. Aku sudah pun bergelar seorang isteri seawal umurku 22 tahun. Aku sangat berbangga.
Teringat pada pesan Nabi ku,
"Wahai pemuda-pemuda, sesiapa sahaja diantara kamu yang berkemampuan untuk berkahwin, maka berkahwinlah, kerana dengan berkahwin dapat menundukkan pandangan dan menjaga kehormatan diri."
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Alhamdulillah, ini semua perancangan Allah, pasti ada hikmahnya. :)
Suamiku mempunyai 8 orang adik-beradik. 7 perempuan dan seorang lelaki. Dia merupakan anak bongsu didalam keluarganya. Dia juga mempunyai seorang kembar. Perempuan. Sahabat baik ku ketika di sekolah dahulu, iaitu Sekolah Menengah Agama Perempuan di Pekan Pahang. Setahun sahaja aku disana. Kemudian aku berpindah ke sekolah lain. Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan di Kuantan. Suamiku pula belajar di Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah Kelantan. Sama dengan suami kembarnya. Bermaksud mereka juga kawan baik. Hebat sungguh perancangan Tuhan. Aku bertemu kembar suamiku dahulu sebelum bertemu dengannya. Tidak sangka aku akan bergelar ipar kepada sahabat baikku sendiri.
Aku dan kembar suamiku melangkah keluar dari surau. Majlis 'membatalkan air sembahyang' akan diadakan dirumah. Hati ku berdebar. Bagaimana agaknya keadaan ku nanti untuk kali pertama bersentuhan kulit dengannya. Sungguh aku rasa malu. Aku tidak pernah keluar berdua-duaan dengannya. Apatah lagi bersentuhan. Sebab itu aku malu memikirkan keadaan ku nanti untuk bersalam dengannya. Ya Allah, tenangkan aku.
Pengantin perempuan menunggu pengantin lelaki dihadapan pintu pagar rumah. Rombongan datang. Aku lihat suamiku senyum ceria. Gembiranya dia. Tiba-tiba kakak iparku bersuara, Izzuddin tak pernah nampak seceria ini. Aku bertambah malu dengan kenyataan itu. Ternyatalah, suamiku sangat bahagia dengan pernikahan kami.
"Abang, isterimu juga sangat bahagia dengan pernikahan ini." bisik hatiku sendiri.
Abahku menghulurkan tangan suamiku kepada ku. Aku teragak-agak untuk menyambut tangannya. Aku malu. Namun aku tetap hiaskan wajah ku dengan senyuman. Aku menyambut tangannya tenang dan gembira.
Zappp.. "Subhanallah, berdegup laju jantungku saat kali pertama aku bersentuhan kulit dengannya. Ya Allah, indahnya sentuhan pertama ini!" Aku tersipu-sipu malu.
Ya Allah, indahnya. Mungkin aku dan suamiku tidak akan rasa nikmat sentuhan pertama ini andai aku dan dia sudah biasa bersentuhan sebelum berkahwin. Ini la hikmahnya bagi orang yang menjaga ikhtilat sebelum mencapai perkahwinan. Hikmahnya terasa. Membawa bahagia. Aku bersyukur kerana Tuhan menghadiahkan lelaki sebaik dia untuk ku. Tidak pernah sekalipun dia mengambil kesempatan terhadap diriku. Baiknya abang. Moga Allah hadiahkan Syurga buat abang. Aku hairan dengan wanita diluar sana yang terlalu mudah membiarkan dirinya disentuh oleh lelaki lain.
Tahukah kamu? Wanita yang mudah menyerah diri, mudah pula dipermainkan. Wanita yang berhati-hati akan mendapat nilaian tinggi.
Wahai akhawat yang ku kasihi keranaNya, dengarilah nasihatku..
Dirimu terlalu berharga untuk diperjudikan. Dirimu terlalu bernilai untuk dipermainkan. Dirimu terlalu mahal untuk berserah kepada yang bukan halal. Jauhkan diri dari lelaki yang ingin mengambil kesempatan terhadap dirimu. Tinggalkanlah dia. Lelaki yang 'murah' itu bukan untuk wanita 'semahal' kamu. Ada yang lebih baik. Yakinlah dengan janji Allah. Dikira baikkah seorang lelaki itu sekiranya awal-awal perkenalan lagi telah mengajak kamu melakukan maksiat tanpa kamu sedar? Keluar dating berdua-duaan. Kemudian, apa yang terjadi? Berpegangan tangan, tidur bersama dan akhirnya mengandung anak luar nikah. Allah.. lelaki yang baik bukan sebegitu. Tinggal.. Tinggalkan dia..
Allah S.W.T berfirman,
"Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik."
(Surah an-Nur' ayat 26)
Itulah janji Allah S.W.T buat semua manusia. Seandainya kita menginginkan isteri atau suami yang baik, kita haruslah terlebih dahulu menjadi seorang yang baik. Tak mungkin seorang yang baik akan mendapatkan wanita yang tidak baik atau sebaliknya. Seandainya kita masih meragui kalimah Ilahi, kalimah siapakah lagi yang tinggal untuk kita ikuti?
Akhawat sejati, percayalah. ALLAH lebih mencintaimu. Tidak rugi tinggal lelaki sebegitu. Persiapkan diri menjadi solehah. Pasti yang soleh akan menjejaki kamu. Aku turut bersimpati dengan sahabat-sahabatku yang terlalu taksub dengan cintanya. Teringat kisah lama. Kita aku belajar dahulu.
"Nampak kamu resah sahaja? Ada masalah ke? tanyaku pada seorang sahabat.
"Teman lelaki saya mesej dengan perempuan lain. Dia ajak perempuan tu keluar. Siap ayat bermanja-manja lagi. Saya tak sangka dia akan begitu pada saya. Saya terlalu percayakan dia."
"Tinggalkanlah dia. Dia tak layak untuk awak. Awak boleh dapat yang lebih baik." nasihat aku kepadanya.
"Tidak, saya takkan tinggalkan dia. Saya akan rebut balik dengan perempuan itu untuk dapatkan kekasih saya. Dia milik saya saya seorang! Saya dah buat macam-macam untuk dia. Takkan saya nak lepaskan dia pada wanita itu begitu sahaja?"
Aku terdiam. Kasihan sahabatku. Nasihat ku tidak dipedulikan. Moga Allah memberi hidayah kepada kamu.
Awal perkenalan lagi dia mampu mainkan kamu? Bagaimana jika kalian bernikah nanti? Apa bukti yang dia akan setia dengan kamu? Fikir baik-baik. Please think twice before you do something.
Oooppss, lamunanku terhenti.
Ku pegang tangan suamiku dengan erat sambil berjalan menuju ke dalam rumah, ruang pelamin sedang menunggu kami untuk bergambar. Bergambar sahaja. Bukan bersanding. Baling-baling beras. Ustaz Azhar Idrus kata "Harus bersanding sekirannya pengantin itu adalah AYAM." :)
Diikuti dengan rombongan masuk ke dalam rumah. Suasana riuh rendah. Tiba-tiba suamiku berbisik padaku,
"Sayang, betul ke kita dah boleh pegang tangan ni?" Suamiku tersenyum.
Aku turut tersenyum lebar. Lalu aku menjawab, "Ye sayang, kita dah halal." Aku memandang tepat ke dalam anak matanya. Ku bisikkan di telinga, "I love you."
"I love you too." balas suamiku. Kami sama-sama tersenyum. Ya Allah, indahnya hubungan yang halal ini. Terpancar kebahagiaan di wajah kami suami isteri. Aku berkali-kali mengucapkan syukur.
Suamiku langsung tidak melepaskan tanganku semasa majlis perkahwinan. Di pegangnya erat ketika aku dan dia berjalan bertemu dengan tetamu yang hadir. Baiknya abang. Ketika di atas pelamin, suamiku menyarungkan cincin dijari manisku. Aku juga menyarungkan cincin dijari manisnya. Kemudian aku mencium tangan suamiku. Indah, cukup indah. Kerlipan kamera bersilih ganti di sekeliling kami. Suamiku lantas mencium dahiku, aku tersipu-sipu malu. Sentuhan dan ciuman pertama ini akan ku ingat sampai bila-bila.
"Ohh abang, sayang cinta abang kerana Allah." :)
Kisah ini akan bersambung.........insyaAllah.. :)
subhanALLAH ! :') indahnya kasih bersulam cinta ILAHI .
ReplyDeletebarakallah ukhtie . sem0ga ukhti dan zauj sentiasa dalam perlindunganNYA dan kekal sampai syurga .
Tahniah ya ukhti..semoga bahagia hingga syurgaNYA. :)
ReplyDeleteAllahhuakbar,,,,kak maya....indah sgt...sampai menitik air mata/.....:')...bahagia mendengar kisah kak maya n din....Moga cinta kak maya dan din berpanjangan hingga ke syurga....InsyaALLAH....:)
ReplyDelete