A Caliph of Allah. An Ummah of Rasulullah. A Zaujah of a great Imam. And a great Mom to be insyaAllah. :)

"Salam sayang buat semua. Jika ada yang kurang, moga ada yang sudi tambahkan. Jika ada yang salah, moga ada yang sudi perbetulkan. Jika ada komen yang membina, dipersilakan memberi pandangan, kerana niatku hanyalah untuk berdakwah. Moga pahala ini yang akan menemaniku di SyurgaNya, tempat terindah dan kekal di alam sana. Adakah semua kisah yang ditulis ini berkaitan dengan diri saya? Ya atau tidak, biarlah Allah sahaja yang mengetahuinya, kerana saya bimbang timbulnya penyakit hati seperti 'riak' dan 'cemburu' dalam diri saya dan pembaca. Saya tidak akan membenarkan atau menafikannya. Terpulang kepada pembaca untuk menilai. Apa yang penting, kutiplah sebanyak mana mutiara hikmah yang terdapat di dalamnya. Saya nukilkan blog ini untuk semua. Wahai para daie dan daie'ah, dengan lafaz Bismillah, selamat membaca." :)

Thursday, 29 November 2012

Farewell Batch 1/2010 =)


Pejam celik pejam celik, 3 tahun hampir tamat. Susah senang kami harungi bersama. Alhamdulillah, kami berjaya mengharunginya di sini, di bumi Kedah yang ku cintai.


Semalam, 'Farewell Night' (Majlis Perpisahan) bagi batch 1/2010-65 orang) telah diadakan di Hotel Amanpura Sungai Petani bagi meraikan kejayaan kami. Segalanya berjalan dengan penuh meriah. Warga kolej meraikan kami dengan sebaiknya. Semua hadir. Adik-adik, para pengajar jururawat Kolej Kejururawatan Sungai Petani (Kementerian Kesihatan Malaysia) semuanya bertungkus-lumus mengadakan majlis ini.


Ramai junior yang menangis ketika bersalaman dengan kami sehinggakan kami berasa terharu melihatnya. Mungkin mereka sangat terasa akan perpisahan ini. Tiada lagi kakak yang akan beri tunjuk ajar kepada mereka. Tapi tak mengapa, kakak batch yang lain masih ada. Apa-apa pun, kenangan terindah ini akan kami simpan dalam ingatan hingga akhir hayat kami.


InsyaAllah, kami akan menjadi seorang Jururawat Terlatih yang berjaya dengan hasil didikan mereka selama ini. InsyaAllah, segalanya-galanya untuk Dia. :)


Batch 1/2010..

Engkaulah Teman..
Engkaulah Kenangan..
Kenangan Terindah bersama kalian..
Memori Indah Tercipta..
I Love You All.. :)


                                                                Looks like Princess Of The Night.. :)

                                                


                                                                3 years together :)



                                                                 with my best friend - Ika :)



                                                          6 from 65 nursing students in  my batch :)






                                                                 with our junior..we love you all :)



                                                              Pintu Gerbang Dewan Hotel Amanpura :)



                                                                    love them so much! :)



           

No comments:

Post a Comment