A Caliph of Allah. An Ummah of Rasulullah. A Zaujah of a great Imam. And a great Mom to be insyaAllah. :)
"Salam sayang buat semua. Jika ada yang kurang, moga ada yang sudi tambahkan. Jika ada yang salah, moga ada yang sudi perbetulkan. Jika ada komen yang membina, dipersilakan memberi pandangan, kerana niatku hanyalah untuk berdakwah. Moga pahala ini yang akan menemaniku di SyurgaNya, tempat terindah dan kekal di alam sana. Adakah semua kisah yang ditulis ini berkaitan dengan diri saya? Ya atau tidak, biarlah Allah sahaja yang mengetahuinya, kerana saya bimbang timbulnya penyakit hati seperti 'riak' dan 'cemburu' dalam diri saya dan pembaca. Saya tidak akan membenarkan atau menafikannya. Terpulang kepada pembaca untuk menilai. Apa yang penting, kutiplah sebanyak mana mutiara hikmah yang terdapat di dalamnya. Saya nukilkan blog ini untuk semua. Wahai para daie dan daie'ah, dengan lafaz Bismillah, selamat membaca." :)
Sunday, 14 October 2012
Jagalah Hati :)
Allah berikan manusia sekeping 'HATI'..
Hebatnya hati boleh berbicara tanpa suara..
Hebatnya hati mampu menangis tanpa air mata..
Tapi jangan lupa,hebatnya hati juga boleh menghancurkan iman kita..
Lemahnya hati dengan bisikan suara nafsu dunia..
Jadi jagalah hati kita sebaiknya..
Supaya kita termasuk dalam golongan orang yang mendapat redhaNya.. :)
Indahnya 'hati' bila Allah sentiasa menemani.. :)
Monday, 8 October 2012
Selamat Datang Saudari Ku :)
Selamat Datang saudariku yang mendirikan solat dan berpuasa dengan taat dan khusyuk..
Selamat Datang saudariku yang berhijab dan pemalu,serta anggun dan
lagi berkeperibadiaan kukuh..
Selamat Datang saudariku yang selalu belajar dan menelaah ilmu dengan penuh kesedaran
dan ketulusan hati..
Selamat Datang saudariku yang memenuhi janji dan memegang amanah,jujur dan
mempercayai kebenaran..
Selamat Datang saudariku yang penyabar dan selalu mengharap akan pahala Allah,selalu
bertaubat dan sentiasa kembali ke jalanNya..
Selamat Datang saudariku yang selalu berzikir,bersyukur dan berdoa dengan penuh
kesedaran dan pengharapan kepadaNya..
Selamat Datang saudariku yang meneladani Asiyah(isteri Fir'aun),Maryam dan Khadijah..
Selamat Datang saudariku yang menjaga nila-nilai dan memelihara suri teladan..
Selamat Datang saudariku yang sudi meluangkan masa untuk membaca
'KARYAKU BUAT UMAT'
SELAMAT DATANG SAUDARIKU.. =)
(Naib Johan Majlis Tilawah Al-Quran)
Karyaku Buat Umat :)
Subscribe to:
Posts (Atom)