Keputusan MRSM dah keluar.
Alhamdulillah, adik kecil saya Nia berjaya di tawar masuk ke MRSM Kuala Lipis Pahang. 13 haribulan 2 ni dia akan melapor diri ke sana. Hajat dia tercapai juga akhirnya. Alhamdulillah. :)
Dulu, selepas keputusan UPSR diumumkan, dan selepas dia pergi interview di MRSM, dia selalu sebut pada saya dan ahli keluarga yang lain,
"Kalau boleh Nia nak masuk MRSM, sekolah lain taknak."
"Akak, Nia rasa tak sabar nak masuk MRSM."
"Hmmm, bestnya kalau dapat masuk MRSM."
Itulah sedikit sebanyak apa yang saya dengar dari dia. Saya hanya mampu tersenyum. Terasa lucu pun ada, sebab dia nampak agak confident bila saya tanya,
"Nia rasa Nia boleh dapat ke MRSM?"
"Boleh!"
"Wow, confident betul budak ni." hati saya berkata-kata. Lucu sungguh. Saya tunjukkan pengertian yang baik untuk dia. Lagipun saya satu-satunya kakak yang dia ada. Siapa lagi yang nak mendengar kalau bukan saya.
Saya sebagai seorang kakak, rasa terlalu gembira untuk dia. Teringin nak peluk dia sekarang. Tapi dia ada di asrama. Di sekolah rancangan khas atau nama lainnya sekolah kluster di Kuantan. Mungkin sampai hujung minggu ni sahaja dia di sana sebab lepas cuti raya cina nanti dia kena melapor diri ke MRSM.
Semalam sahaja, dah masuk 3 kali dia menghubungi saya, saya dengar dia meluah, bertanya, minta pendapat. Dia nampak gembira pun ada, tapi nampak sedih pun ada sebab MRSM Lipis tu sangat jauh jika di bandingkan dengan sekolah kluster di Kuantan. Dia takut belajar jauh-jauh kerana takut kami susah nak datang melawat dia macam sekarang, tiap-tiap minggu Mama datang.
Kali ketiga dia telefon, suaranya agak sayu. Bunyi tangisan kedengaran.
"Akak, Nia rasa berat hati nak pergi MRSM, Nia takut nak berjauhan dengan ibu. Sekolah tu jauh sangat. Nia tak boleh balik selalu. "
Saya tunjukkan pengertian lagi. Saya cuba memahami dan memberi nasihat. Saya minta dia jangan terlalu memikirkan jarak untuk menimba ilmu. Jarak bukan penentu. Apa yang penting adalah menuntut ilmu keranaNya. Saya minta dia istikharah. Dia nampak tenang sedikit selepas saya memberi nasihat kepadanya.
Akhirnya dia menjawab, "Baiklah, Nia pergi." tenang hati saya.
Tapi pagi ni, ibu saya pula yang menelefon saya. "Kakak, Nia call ibu awal pagi tadi. Dia nangis kata berat hati nak pergi. Dia taknak duduk asrama jauh-jauh. Susah nak balik selalu. Hmm, apa kita kena buat? Cuba akak fikirkan untuk Mama. Papa suruh Nia pergi. " kata ibu kepada saya.
Saya menarik nafas panjang, saya beritahu kepada ibu, "Takpela, nanti Nadia nasihat dia lagi."
Lepas ibu letak telefon, jauh saya termenung. Saya teringatkan kisah saya masa duduk di asrama dahulu. Perkara yang sama juga berlaku pada saya. Saya menangis-menangis telefon ibu sebab taknak duduk asrama. Saya rindukan ibu. Saya tak boleh berjauhan dengan ibu. Sekarang, adik saya pula merasakan perkara yang sama. Saya pula yang kena hadapinya. Inilah namanya hukum karma. Apa yang kita buat pada orang, akhirnya kita akan merasa perkara yang sama. :)
"Agaknya, macam ni la ibu rasa masa saya nangis-nangis telefon ibu dahulu taknak duduk di asrama." hati saya berbisik. Saya tersenyum seorang diri.
Saya merenung gambar Nia. Rasa rindu pula pada dia. Saya tahu, Nia memang nak sangat pergi MRSM, cuma dia takut berjauhan dengan keluarga. Sama macam saya dulu. Najib, abang pada Nia pun sama. Tapi Najib lagi dahsyat, dia langsung tak benarkan ibu isi borang untuk dia duduk asrama. Alasannya, "orang lain masak tak sama macam ibu masak."
Hai adik-adik, perangai kita sama sebenarnya. Kita tak boleh berjauhan dengan ibu, dengan keluarga.
Apa yang berlaku ni, sedikit pun saya tak salahkan Nia sebab dia masih terlalu kecil. Umur 13 tahun masih belum matang untuk memikirkan segalanya-galanya tentang masa depan. Saya pernah melaluinya, sebab itu saya cuba memahami. Saya yakin Nia kena pergi juga MRSM nanti. Cumanya kita akan tengok drama bersiri. Ada orang akan nangis-nangis peluk ibu. =)
Allah..
Bagi saya, adik-adiklah kebahagiaan saya. Bila mereka berjaya saya rasa bahagia. Saya ingin menjaga mereka sehingga mereka berjaya. Bukan hanya berjaya di dunia, tapi turut berjaya di akhirat sana. InsyaAllah dengan izinNya. Andai dia nampak hebat di dunia, saya mengharapkan dia juga nampak hebat dimata Tuhannya. Hebat dengan agama yang dia ada dan turut membimbing orang lain ke jalanNya. InsyaAllah.
Buat adikku Wan Niadiana Najiha,
Ingatlah, ilmu itu kurniaan Tuhan. Ianya sesuatu yang sangat berharga dan terlalu bernilai dari emas dan permata, sehingga tidak mampu digambarkan dengan kata-kata. Dan ketahuilah, Allah sangat sukakan orang yang berilmu. Jadi, tuntutlah ilmu keranaNya walau dimana pun Nia berada. Hadiahkanlah kejayaan ini untuk ibu dan keluargamu. Mereka sudah bersusah payah menjaga dan membesarkan kita. Buatlah mereka bangga memiliki anak sepertimu wahai adikku. Nia, kadang-kadang tak semua yang kita suka baik untuk kita, dan tak semua yang kita tak suka tak baik untuk kita. Kita merancang dan Allah juga merancang, dan sebaik-baik perancangan adalah perancangan Allah. Allah dah tetapkan yang terbaik untuk Nia. Teruskan usaha supaya dapat menjadi permata agama suatu hari nanti. Akak akan sentiasa mendoakan kejayaan Nia dan akak sentiasa ada untuk Nia bila Nia perlukan kakak. I love you so much! :)
Gadis kecil itu sudah mula keluar dengan bertudung labuh. Happy for you Nia sayang.
Kakya love Nia! =)Ni sedikit sebanyak gambar MRSM Lipis. =)
Semoga berjaya! =)
No comments:
Post a Comment