A Caliph of Allah. An Ummah of Rasulullah. A Zaujah of a great Imam. And a great Mom to be insyaAllah. :)

"Salam sayang buat semua. Jika ada yang kurang, moga ada yang sudi tambahkan. Jika ada yang salah, moga ada yang sudi perbetulkan. Jika ada komen yang membina, dipersilakan memberi pandangan, kerana niatku hanyalah untuk berdakwah. Moga pahala ini yang akan menemaniku di SyurgaNya, tempat terindah dan kekal di alam sana. Adakah semua kisah yang ditulis ini berkaitan dengan diri saya? Ya atau tidak, biarlah Allah sahaja yang mengetahuinya, kerana saya bimbang timbulnya penyakit hati seperti 'riak' dan 'cemburu' dalam diri saya dan pembaca. Saya tidak akan membenarkan atau menafikannya. Terpulang kepada pembaca untuk menilai. Apa yang penting, kutiplah sebanyak mana mutiara hikmah yang terdapat di dalamnya. Saya nukilkan blog ini untuk semua. Wahai para daie dan daie'ah, dengan lafaz Bismillah, selamat membaca." :)

Friday 2 November 2012

Kejayaanku buatmu IBU :)




"Ibu,kakak dapat anugerah dekan!kakak tersenarai sebagai pelajar cemerlang dalam batch!" dengan nada ceria saya menelefon ibu..


"Syukur,alhamdulillah!hebat anak ibu..ibu rasa bangga!tahniah sayang!"


Kata-kata ibu membuatkan saya tersenyum ceria..saya rasa bahagia bila ibu saya ceria..hati saya terasa puas..belajar bersungguh-sungguh dan akhirnya Allah hadiahkan kepada saya keputusan yang cemerlang..berkali-kali saya mengucapkan rasa syukur..alhamdulillah..


Belajar itu memenatkan..ketika saya letih belajar..ketika saya rasa berat dengan terlalu banyak ilmu yang perlu diulangkaji..hanya ayat-ayat Allah yang mampu menghiburkan saya..


Firman Allah s.w.t..

"Tetapkanlah kepercayaanmu bahawa sesungguhnya,tiap-tiap kesukaran itu disertai kemudahan..Sekali lagi ditegaskan bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran itu disertai kemudahan.."

(Surat Al-Syarh ayat 5 dan 6)



Ya benar,tiap-tiap kesukaran itu disertai kemudahan..dan inilah hasilnya..belajar dengan sedikit rasa susah dan akhirnya berjaya..Terima kasih Ya Rabb!Terima kasih juga ibu dan ayah kerana mendoakan anakmu..berkat doa kalian saya mampu mencapai hingga ke tahap ini.. :)



Teringat kisah pada pagi peperiksaan..


Saya menelefon ibu seawal jam 5 pagi..saya tahu ibu selalu bangun seawal waktu itu..



"Ibu dah bangun?ibu sedang buat apa?"

"Ibu baru siap bersahur.."


"Bersahur?Ibu puasa apa harini?" soalku kepada ibu..


"Ibu puasa sunat..anak ibukan nak exam harini..jadi ibu nak puasa..doa orang yang berpuasa ni makbul..moga-moga Allah memakbulkan doa ibu supaya anak ibu berjaya.."




Saya terdiam..ya Allah,menitis air mata saya mendengar jawapan ibu..hati kecil saya rasa tersentuh..rasa ingin memeluk ibu ketika itu juga..baiknya ibu..moga Allah hadiahkan syurga buat ibu..


Saya melangkah masuk ke dewan peperiksaan dengan rasa sungguh semangat..perasaan apakah ini?timbul satu kuasa kehebatan dapat dirasakan..mungkin inilah berkat doa seorang ibu..saya sayang ibu.. :)


Adik-adik yang disayangi kerana Allah..

Tidak ada perkara lain yang mampu membahagiakan hati seorang ibu dan ayah melainkan melihat kejayaan anaknya..jadilah anak yang solehah,anak yang mampu menggembirakan hati ibu dan ayahmu..belajarlah bersungguh-sungguh ketika masih dialam belajar..moga kalian juga mampu menjadi seorang anak yang membahagiakan hati ibu dan ayahmu.. :)



Buat ibu dan ayah,terima kasih kerana melahirkan kakak ke dunia ini..kakak sayangkan ibu dan ayah..

Ibu dan ayah,kakak tak mampu menghadiahkan kepadamu segunung emas dan permata..cuma satu,kakak harap,kakak mampu menghadiahkanmu SEBUAH KEJAYAAN.."



                                             "Terimalah..khas buatmu IBU dan AYAH.." :)


Nantikan sambungan kisah ini......................................


4 comments:

  1. alhamdulillah..berkat doa seorang ibu, shbtku mnjdi sorng pljr cmrlng..moga cmrlang d dunia dan akhirat..=)

    ReplyDelete
  2. salam admin blog... nak tnye awk plajar jururawat sungai petani...??? hospital kerajaan kedah kan???

    ReplyDelete