Saya bekerja dengan lelaki dan wanita di tempat kerja..hari demi hari,saya perhatikan setiap gerak geri mereka..saya dapat rasakan perbezaan yang sangat nyata..
Entah kenapa,hati saya lebih suka melihat cara lelaki bekerja..bukan lelaki 'anak muda'..tapi semua lelaki termasuk pakcik-pakcik..pangkat 'ayah' pada saya.. :)
Cara lelaki bekerja nampak lebih tenang,mudah,professional..jauh berbeza dengan wanita..walaupun saya juga wanita,saya tetap rasa 'pelik'..
Saya suka melihat lelaki bekerja..mereka meletakkan 'akal' didepan..emosi jauh sekali dibelakang..hebat bukan ciptaan Allah untuk kaum adam?tahniah lelaki.. :)
Saya juga memerhatikan cara wanita bekerja..kebanyakan cara wanita bekerja penuh dengan emosi..bila mereka tidak puas hati,mereka terus akan tunjukkan kemarahan,dan ada juga yang suka mengumpat mengata..kadang-kadang saya bertanya kepada diri saya..err,kenapa wanita suka bersikap macam tu?kenapa tak macam lelaki?lelaki relax aje..walaupun tak semua wanita macam tu..sebab ramai je yang baik-baik..macam ibu saya.. :)
Dengan melihat perbezaan ini,saya berazam dengan diri saya sendiri..saya nak jadi macam lelaki..meletakkan akal didepan,emosi jauh kebelakang..lelaki lebih matang dalam segala hal..apabila ada sesuatu yang berlaku,saya nak jadi macam lelaki..'fikir dulu,baru bertindak' bukan 'bertindak melulu,akhirnya menyesal'.. :)
Tapi,wanita pun tidak kurang hebatnya..sikap wanita penuh dengan kasih sayang,caring..cuma kadang-kadang emosi mereka jauh lebih kedepan berbanding akal..walaupun tak semua..
Saya pernah bertanya kepada seorang lelaki..
"Kenapa lelaki bekerja nampak tenang je?tak macam perempuan?"
Lelaki itu menjawab,
Saya
mula memahami perbezaan ini..tapi tidak sesekali saya
merendah-rendahkan mana-mana pihak..sebab masing-masing ada kelebihan
dan kekurangannya..cuma melalui perbezaan ini,saya ingin melatih diri
saya menjadi lebih baik..
Sabda Rasulullah s.a.w..
"Aku menjenguk ke dalam syurga dan aku
melihat kebanyakan penghuninya adalah orang miskin dan aku menjenguk ke dalam
neraka dan aku melihat kebanyakan penghuninya adalah wanita.."
Saya nak masuk syurga..jadi apa-apa pun yang ingin saya lakukan,saya ingin 'meletakkan akal jauh ke depan dan emosi jauh ke belakang'..saya mahu bekerja dalam keadaan yang tenang,membahagiakan semua orang dan bekerja dengan redha Allah..jadi,jom fikir dahulu sebelum bertindak! :)
Apa-apa pun,saya tetap bangga menjadi seorang wanita..wanita tetap banyak kelebihannya.. :)
No comments:
Post a Comment