A Caliph of Allah. An Ummah of Rasulullah. A Zaujah of a great Imam. And a great Mom to be insyaAllah. :)

"Salam sayang buat semua. Jika ada yang kurang, moga ada yang sudi tambahkan. Jika ada yang salah, moga ada yang sudi perbetulkan. Jika ada komen yang membina, dipersilakan memberi pandangan, kerana niatku hanyalah untuk berdakwah. Moga pahala ini yang akan menemaniku di SyurgaNya, tempat terindah dan kekal di alam sana. Adakah semua kisah yang ditulis ini berkaitan dengan diri saya? Ya atau tidak, biarlah Allah sahaja yang mengetahuinya, kerana saya bimbang timbulnya penyakit hati seperti 'riak' dan 'cemburu' dalam diri saya dan pembaca. Saya tidak akan membenarkan atau menafikannya. Terpulang kepada pembaca untuk menilai. Apa yang penting, kutiplah sebanyak mana mutiara hikmah yang terdapat di dalamnya. Saya nukilkan blog ini untuk semua. Wahai para daie dan daie'ah, dengan lafaz Bismillah, selamat membaca." :)

Monday 5 November 2012

Khas untukmu lelaki dan wanita..



Marissa duduk di atas buaian didepan kawasan halaman rumah..sambil menikmati teh panas dan kuih tradisional yang dibuat oleh ibunya..sungguh sedap..sesedap makan diraja..masakan dari 'air tangan' ibu sudah semestinya sedap-sedap belaka..


Kelihatan dihujung taman..ayah dan ibu Marissa sedang membaca surat khabar bersama-sama..romantiknya mereka..Marissa kagum..dia tersenyum seorang diri..


Marissa menikmati pemandangan diluar rumah..cantik dan kemas..pandai ibu mengemas..semuanya tersusun rapi..Marissa menghanyunkan buaian..dia cuba meluangkan masa yang ada dengan membaca sebuah novel tauhid yang ditulis oleh seorang ustazah yang dia kagumi akhlak dan peribadinya..



"Ingat Diranie,lelaki GATAL sahaja yang berani mengajak perempuan keluar..awal-awal lagi sudah berani menunjukkan yang dia tidak takut Allah..lelaki sebegini sekiranya dijadikan suami,pasti tidak pandai menghargai isteri dan tidak mampu setia..selepas berkahwin nanti,pasti ada skandal..mungkin juga gatal hendak menikah lagi dengan alasan takut berzina..itu semua golongan lelaki lemah..awal-awal lagi sudah nampak jelas imannya lemah..awak masih berselera hendak menjadikan dia suami?tokok Sarra yang masih ragu-ragu dengan Diranie.."

Petikan dari novel 'Sebarkan Cintamu' karya Ustazah Fatimah Syarha..



Marissa mengangguk-anggukkan kepalanya..tanda dia setuju dengan kata-kata ustazah itu..


Lama dia berfikir..


Jadi..gejala 'dating' yang berlaku pada hari ini adalah disebabkan  sikap 'gatal' seorang lelaki yang mengajak anak dara keluar dan sikap lemah perempuan yang mengikuti segala permintaan lelaki?Marissa menggeleng-gelengkan kepala..kesian wanita..kesian juga lelaki kerana kurang didikan agama..


Marissa teringatkan peristiwa sahabatnya Aliyah..entah dimana dia sekarang..


"Marissa,tolong saya..saya sudah terlanjur..saya tak tahu nak buat apa lagi..saya takut kalau-kalau saya mengandung!"


Ya Allah..hancur luluh hati Marissa mendengarnya..airmata Marissa jatuh berlinangan..tidak tahu apa yang ingin dikatakan..lidah menjadi kelu..Marissa tergamam..wanita seperti dia telah dirosakkan oleh seorang lelaki yang tidak berguna..


Apakah 'fungsi' seorang lelaki sebenarnya?adakah hanya untuk memperalatkan wanita atau membimbingnya ke arah kebaikan dan membawanya ke syurga?


Marissa tertanya-tanya..tergamaknya seorang lelaki mengambil kesempatan ke atas diri seorang wanita..bagaimana sekiranya adik mereka sendiri dijadikan bahan alat seperti ini?tidakkah lelaki akan berasa sakit hati..ya Allah,kesian wanita..


Tapi apa yang berlaku ini berpunca dari salah siapa?siapa lagi kalau bukan wanita..wanita sendiri yang merelakan dirinya untuk dipermainkan..kenapa Marissa berkata begitu?pasti ada hujahnya..


Lihatlah apa yang berlaku pada hari ini..wanita keluar dengan berpakaian ketat menjolok mata..menampakkan bentuk tubuh,punggung dan dada..baju dan seluar mengikut bentuk badan..tudung yang dipakainya hanya menutupi kepala..tidak menutupi  'perhiasan' lain yang ada..tidakkah semua ini hanya menyebabkan lelaki menjadi lemah..menarik perhatian lelaki untuk melihat mereka..mungkin mereka suka bila diri mereka dipuja..padahal diri mereka hanyalah bahan mainan dimata lelaki..seronoknya lelaki dapat mencuci mata..tetapi kesian lelaki..banyaknya dosa mereka disebabkan wanita..


Rasulullah s.a.w bersabda..

"Wanita yang berpakaian tetapi telanjang,mereka melenggok-lenggokkan tubuh dan kepalanya bagai punuk unta yang miring,tidak akan masuk syurga dan tidak akan mendapatkan keharumannya meskipun syurga itu dapat dicium dari jarak sekian dan sekian.."


Sabda Baginda lagi..

"Berhati-hatilah kalian daripada godaan dunia,dan waspadailah terhadap wanita,sebab fitnah pertama yang menimpa Bani Israil adalah fitnah wanita" 
-Hadis Riwayat Muslim-


"Tidak aku tinggalkan fitnah yang lebih berbahaya bagi seorang lelaki melainkan daripada fitnah wanita." 
Hadis Riwayat Bukhari-


Marissa teringat kata-kata seorang lelaki kepadanya..


"Lelaki memang lemah dengan wanita..sebab itu saya menjauhi wanita..sehinggakan orang panggil saya 'gay'.."


Sangat mendalam maksud itu..Marissa berasa kagum mendengarnya..kalaulah semua lelaki seperti dia,selamatlah wanita didunia ini..tiada anak luar nikah,tiada pasangan yang ditangkap khalwat,tiada perkara yang menyakitkan mata yang memandang..pasti semuanya terjaga..


Marissa mula memahami sesuatu..

Lelaki dan wanita itu ibarat magnet..mudah tertarik..

Salahkah perasaan ini..sudah tentu tidak salah..kerana perasaan suka itu adalah fitrah..Allah berikan manusia perasaan itu dengan cukup indah..


"Saya juga wanita biasa..mempunyai perasaan suka kepada lelaki..tapi saya cuba mengawalnya..takkan sesekali saya biarkan lelaki mengambil kesempatan terhadap diri saya..hanya lelaki yang bergelar 'suami' yang boleh menyentuh saya..


Hari ini..bila saya lihat lelaki dan perempuan keluar berdua-duaan,jalan berpegangan tangan,saya berasa sedih..kesian pada mereka,mereka kurang bimbingan..saya bimbang perkara seperti apa yang berlaku  kepada kawan saya berulang lagi..saya taknak wanita dipermainkan..


Wanita yang mudah menyerah diri,mudah pula dipermainkan..wanita yang berhati-hati akan mendapat nilaian tinggi..lelaki itu bijak..apabila dia mahu berkahwin,adakah dia ingin berkahwin dengan wanita yang pernah dia sentuh,bawa kehulu-kehilir dan mahukah dia berkahwin dengan wanita yang pernah tidur bersamanya?sudah semestinya tidak!pasti dia inginkan yang 'baru'..tak pernah disentuh,wanita yang mahal harganya dan wanita yan pandai menjaga keperibadian diri..


Tanyalah kepada mana-mana lelaki sekalipun..mesti mereka inginkan yang solehah walaupun diri sendiri tidak cukup soleh..solehkah seorang lelaki itu bila berani membawa anak dara keluar berdua-duaan dengannya?kemudian apa yang terjadi?mula bersentuhan dan akhirnya wanita ditinggalkan..wah,'touch and go'.." bisik hati Marissa seorang diri..


"Ya Allah..Marissa rindukan Rasulullah..kalaulah Rasulullah masih ada bersama kita,mungkin perkara sebegini takkan terjadi..Marissa rindukan Rasulullah..ya Rasulullah,kami rindukan bimbinganmu walaupun kita tidak pernah bertemu.." ada air mata yang bergenang..lalu gugur ke bumi..


Marissa membiarkan airmatanya membasahi pipi..dia teringatkan sahabatnya Aliyah..


Ketika Aliyah datang menangis-nangis kepadanya dahulu..dia juga turut menangis..


Marissa terkilan..dia terus memegang bahu Aliyah dan memeluk Aliyah dengan seeratnya..mereka menangis bersama-sama..terdengar nada penyesalan dalam tangisan Aliyah..


"Jangan menangis Aliyah,Marissa ada..Allah ada..Allah sayangkan hambaNya..pintu taubat Allah masih terbuka luas..bertaubatlah sahabatku..jangan ulanginya lagi.." pujuk Marissa..Marissa cuba menahan sebak..dia bacakan terjemahan ayat Al-Quran kepada Aliyah..


Firman Allah s.w.t..

"Dan barangsiapa mengerjakan kejahatan dan menganiaya dirinya sendiri,kemudian ia memohon keampunan kepada Allah,nescaya ia mendapati Allah Maha pengampun lagi Maha Penyayang.." 


(Surah An-Nisa’ ayat 110)




"Saya malu dengan Allah Marissa..saya rasa takut dengan dosa yang telah saya lakukan..apa yang perlu saya buat kalau-kalau ibu dan ayah saya dapat tahu tentang perkara ini..mesti mereka kecewa dengan saya..ya Allah,banyaknya dosa saya.." Aliyah terus menangis..


Marissa mengerti perasaan Aliyah..walaupun jauh disudut hati Marissa,dia juga berasa kecewa dengan Aliyah..tapi dia simpan perasaan itu sendiri..Marissa cuba tunjukkan pengertian..kerana Marissa tahu mungkin ini adalah salah satu cara yang Allah berikan untuk menyedarkan Aliyah..

Marissa menarik nafas panjang..Marissa bertanya kepada Aliyah..

"Dimana lelaki itu sekarang?suara Marissa agak tegas..

"Dia dah pergi tinggalkan saya.." jawab Aliyah..

Ya Allah,mudahnya..habis madu sepah dibuang..kesian Aliyah..


Lama dia memikirkan bagaimana cara untuk membantu Aliyah..Marissa yakin Aliyah sangat memerlukan Allah ketika ini..akhirnya malam itu Marissa tekad,menemani dia sepanjang hari..Marissa tidak boleh tinggalkan Aliyah seorang diri..dia mengajak Aliyah pergi ke surau,mengaji di sana..lepas itu Marissa biarkan Aliyah merintih memohon ampun kepada Allah..


Marissa berdoa.."Ya Allah..lindungi sahabatku Aliyah walau dimanapun dia berada sekarang..jauhkan dia dari godaan nafsu dunia..moga dia menjadi 'bidadari terpelihara'.." Marissa menyapu air matanya yang bergenang..


Jauh Marissa termenung..tanpa disedari,hampir setengah jam Marissa mengingati kembali saat-saat bersama dengan Aliyah..bukunya hampir basah dengan linangan air matanya..kesian pada buku..lalu Marissa menutup novel ditangannya..


Tiba-tiba dia terdengar suara pekikan adik perempuannya Nia Najiha..cepat-cepat Marissa mengemaskan dirinya..menyapu airmata..membetulkan tudung labuhnya..dia tidak mahu adiknya Nia Najiha  dapat tahu yang dia menangis sebentar tadi..Marissa cuba berlakon seperti tiada apa-apa yang berlaku..


"Kakak!tolong Nia boleh?tolong tanda buku latihan Nia..Nia dah jawab semuanya!" jerit adik perempuan Marissa yang berumur 12 tahun..

"Boleh sayang..bawakan ke sini!" jawab Marissa..

Lamunannya terhenti..bacaan novelnya juga tertangguh..Marissa akan sambung bacaannya pada hari lain..


Marissa membantu adiknya mengulangkaji pelajaran..adiknya Nia bakal menduduki peperiksaan pada tahun ini..


Nia memang dikenali antara anak ibu yang paling cepat pandai..setiap kali peperiksaan,dia pasti mendapat keputusan 5A..sehinggakan sebelum UPSR lagi dia sudah menerima satu anugerah..iaitu anugerah pelajar cemerlang 5A berturut-turut setiap kali peperiksaan..dan mewakili nombor 1 dalam batch tahun 6..mungkin dia mengikut jejak langkah abangnya Najib Hanef dan Nabil Muhammad..


Semasa menyemak buku-buku latihan Nia Najiha,Marissa menerima satu panggilan..


"Assalamualaikum Marissa,ini Aliyah..ingat lagikah?"

"Waalaikumussalam Aliyah..ingat sangat-sangat..Aliyah dimana sekarang?kenapa sudah lama tidak menghubungi Marissa?Aliyah ok kan?"

"Aliyah baik-baik sahaja Marissa..maaf,baru-baru ni Aliyah pergi mengerjakan Umrah..Aliyah sangat tenang sekarang.."  jawab Aliyah..

"Alhamdulillah.." Marissa menarik nafas lega..

"Marissa,Aliyah ada hajat besar untuk beritahu Marissa..Aliyah nak berkahwin!"

"Betulkah?dengan siapa?" soal Marissa..

"Dengan kekasih lama Aliyah dahulu..dia juga sudah bertaubat..kami sama-sama sudah insaf..dia datang melamar Aliyah.."

"Alhamdulillah..kalau itu yang terbaik untuk Aliyah,Marissa doakan Aliyah bahagia bersama dia.." :)


...........................................................The End.............................................................................
                            (Nantikan sambungan kisah lain pada hari berikutnya)


Cerita ini tiada kena-mengena dengan yang sesiapa yang masih hidup atau sudah meninggal dunia..penulis hanya cuba memberi nasihat dalam bentuk sebuah cerita..

Moga cerita ini memberi manfaat kepada adik-adik..yang masih belajar,kejarlah cita-cita dahulu sebelum mengejar cinta..jangan membuang masa dengan perkara yang tidak bermanfaat kepada dirimu..dengarilah nasihat kakak..moga Allah sentiasa melindungi adik-adik dan sahabat-sahabat..kakak sayang kalian kerana Allah.. =)


Buat adik-adik perempuan yang solehah..

Jagalah dirimu sayang..usah sesekali biarkan lelaki mengambil kesempatan terhadap dirimu..wanita itu cantik seperti 'mawar'..subur,mekar dan berduri..biarlah duri itu yang melindungi dirimu daripada sang kumbang..jangan biar ia dirosakkan,diambil madunya dan akhirnya ditinggalkan..peliharalah dirimu sayang..


Buat adik-adik lelaki soleh..

Jika benar tulus mencintai..kenapa harus mencintai dengan cara yang salah?carilah jalan yang terbaik untuk mengungkapkan cinta pada seseorang yang halal untukmu..untuk apa membawa wanita keluar berdua-duaan,berpegangan tangan dan akhirnya terlanjur dan mengandung?kesian wanita..dirinya patut dibela..seperti Rasullah membela wanita ketika zaman jahiliah..wanita bukan untuk dipermainkan..sekarang Baginda sudah tiada,siapakah lagi yang akan melindungi wanita kalau bukan kalian sebagai pengganti Rasulullah..semoga kalian menjadi pejuang agama yang diredhai Allah.. :)

         

   Gambar ni tiada kaitan dengan cerita di atas..saja nak tunjukkan kawan baik kakak..bila kakak siap
   menulis,kakak akan berikan kepada dia untuk dibaca dan 'disemak'.. :)
   Namanya Siti Zulaiha@Siti  Zulaikha..dia seorang wanita solehah..


                                                    I love you because of Allah ika! :)






11 comments:

  1. salam maya i like this story & i will follow your blog :)

    ReplyDelete
  2. most welcom dear suka tgk maya sekarang dh berubah like ur style ^_^

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah..dengan izinNya.. :) maya baru bljr menulis..tak pandai sgt..kwn2 'paksa' maya menulis.. :)

    ReplyDelete
  4. salam....Alhamdulillah....moga hidayah yg di beri itu memberi seribu kebaikan dlm mencari redhaNya.... ku harapkan dirimu dan diriku jua sentiasa istiqamah dj jalanNya....amin....
    cerita yg sgt menarik..;)

    ReplyDelete
  5. aminn moga2 di perkenan kan doa maya tu insyallah akak pon ada niat nk berubah :)
    lame xnmpak maya at ttas lau jmpe tegur2 la yek dik ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah kak,jemputla dtg rumah..boleh kita minum n makan sama-sama =)

      Delete
  6. Assalamualaikum sahabatku,,,,

    ReplyDelete
  7. assalammualaikum,maafkan saya..saya adalah seorang insan yang berumur 18 tahun..Sebenarnya saya ini,telah banyak melakukan dosa..saya rasa mcm tak ada arah tuju....hurm..kalau saya panggil akak bleh??boleh bantu saya??

    ReplyDelete
  8. assalammualaikum..maaf kalau saya panggil akak...saya ni baru umur 18 tahun..saya nak sangat berubah tapi....saya tak kuat..saya akui....akak boleh tolong saya tak??

    ReplyDelete