A Caliph of Allah. An Ummah of Rasulullah. A Zaujah of a great Imam. And a great Mom to be insyaAllah. :)

"Salam sayang buat semua. Jika ada yang kurang, moga ada yang sudi tambahkan. Jika ada yang salah, moga ada yang sudi perbetulkan. Jika ada komen yang membina, dipersilakan memberi pandangan, kerana niatku hanyalah untuk berdakwah. Moga pahala ini yang akan menemaniku di SyurgaNya, tempat terindah dan kekal di alam sana. Adakah semua kisah yang ditulis ini berkaitan dengan diri saya? Ya atau tidak, biarlah Allah sahaja yang mengetahuinya, kerana saya bimbang timbulnya penyakit hati seperti 'riak' dan 'cemburu' dalam diri saya dan pembaca. Saya tidak akan membenarkan atau menafikannya. Terpulang kepada pembaca untuk menilai. Apa yang penting, kutiplah sebanyak mana mutiara hikmah yang terdapat di dalamnya. Saya nukilkan blog ini untuk semua. Wahai para daie dan daie'ah, dengan lafaz Bismillah, selamat membaca." :)

Saturday, 4 January 2014

Diari Sufi

 


  Kali pertama bumi ini diciptakan, katanya bumi ini selalu bergoyang,bergoncang dan tidak berputar dengan stabil malah tidak berputar pada paksinya. Perkara ini merunsingkan para malaikat lalu para malaikat menghadap ALLAH SWT...

         "Wahai Rab Yang Maha Mengetahui, mengapa bumi ini bergoyang?"
Tanya para malaikat.

         "Kerana belum dipaku." Jawab Allah singkat.

          "Lalu, bagaimana Engkau memaku bumi wahai Rab?" tanya para malaikat lagi.

          "Aku akan menciptakan gunung-ganang." jawab Allah.

     Setelah itu, Allah terus menciptakan gunung-ganang di berbagai belahan bumi. Apa yang terjadi adalah sememangnya benar setelah diciptakannya gunung-ganang, bumi pun diam kemudian berputar sesuai paksinya. Maka kemudian gunung pun dikenali sebagai paku bumi yang diciptakan Allah SWT.

    Paku merupakan benda keras yang terbuat dari besi. Setelah Allah menciptakan paku bumi iaitu gunung-ganang, kemudian para malaikat pun bertanya lagi.

             "Ya Rab, adakah yang lebih kuat dari paku?"

             "Ada!" Jawab Allah. "iaitu api, yang dengan panasnya dapat melelehkan besi."

             "Adakah yang lebih kuat lagi selain api, Ya Rab?" Tanya malaikat lagi.

             "Ada! Yakni air yang dapat memadamkan api." jawab Allah lagi.

             "Jadi Ya Rab, adakah yang lebih kuat lagi selain air?" sambung malaikat.

             "Ada! iaitu angin, yang kerananya dapat membawa air kemana pun ia menghembus."jawab           Allah lagi.

             "Tapi Ya Rab, adakah yang lebih kuat dari semua itu (gunung,api,air,angin)?" malaikat bertanya lagi.
             
             "Ada! iaitu nafas hamba-Ku yang berdoa kepadaKu. Kerana sesungguhnya DOA itu mampu mengubah takdirKu." Demikian Allah SWT menjelaskan.

[Hadis Kudsi] -Petikan dari buku Diari Sufi-