A Caliph of Allah. An Ummah of Rasulullah. A Zaujah of a great Imam. And a great Mom to be insyaAllah. :)
"Salam sayang buat semua. Jika ada yang kurang, moga ada yang sudi tambahkan. Jika ada yang salah, moga ada yang sudi perbetulkan. Jika ada komen yang membina, dipersilakan memberi pandangan, kerana niatku hanyalah untuk berdakwah. Moga pahala ini yang akan menemaniku di SyurgaNya, tempat terindah dan kekal di alam sana. Adakah semua kisah yang ditulis ini berkaitan dengan diri saya? Ya atau tidak, biarlah Allah sahaja yang mengetahuinya, kerana saya bimbang timbulnya penyakit hati seperti 'riak' dan 'cemburu' dalam diri saya dan pembaca. Saya tidak akan membenarkan atau menafikannya. Terpulang kepada pembaca untuk menilai. Apa yang penting, kutiplah sebanyak mana mutiara hikmah yang terdapat di dalamnya. Saya nukilkan blog ini untuk semua. Wahai para daie dan daie'ah, dengan lafaz Bismillah, selamat membaca." :)
Wednesday, 14 May 2014
Pintu Syrga :)
PINTU-PINTU SYURGA. :)
Nabi s.a.w bersabda :
"Barangsiapa yang membiayai sepasang suami dan isteri (yang berjuang) di jalan Allah dari hartanya, maka dia akan dipanggil dari berbagai pintu Syurga. Dan Syurga memang mempunyai banyak pintu. Barangsiapa rajin solat, dia akan dipanggil dari pintu solat. Barangsiapa rajin bersedekah, dia akan dipanggil dari pintu sedekah. Barangsiapa rajin berjihad, dia akan dipanggil dari pintu jihad. Dan barangsiapa rajin berpuasa, dia akan dipanggil dari pintu Rayyan."
Abu Bakar berkata, "Demi Allah, ya Rasululah, bagaimanapun seseorang mesti akan dipanggil dari salah satu pintu. Tapi, adakah seseorang yang akan dipanggil dari semua pintu-pintu itu ya Rasulullah?"
Nabi s.a.w menjawab, "Ya, dan aku berharap kamu termasuk di antara mereka." :)
(Imam Sahih Bukhari dan Sahih Muslim)
Subscribe to:
Posts (Atom)