A Caliph of Allah. An Ummah of Rasulullah. A Zaujah of a great Imam. And a great Mom to be insyaAllah. :)

"Salam sayang buat semua. Jika ada yang kurang, moga ada yang sudi tambahkan. Jika ada yang salah, moga ada yang sudi perbetulkan. Jika ada komen yang membina, dipersilakan memberi pandangan, kerana niatku hanyalah untuk berdakwah. Moga pahala ini yang akan menemaniku di SyurgaNya, tempat terindah dan kekal di alam sana. Adakah semua kisah yang ditulis ini berkaitan dengan diri saya? Ya atau tidak, biarlah Allah sahaja yang mengetahuinya, kerana saya bimbang timbulnya penyakit hati seperti 'riak' dan 'cemburu' dalam diri saya dan pembaca. Saya tidak akan membenarkan atau menafikannya. Terpulang kepada pembaca untuk menilai. Apa yang penting, kutiplah sebanyak mana mutiara hikmah yang terdapat di dalamnya. Saya nukilkan blog ini untuk semua. Wahai para daie dan daie'ah, dengan lafaz Bismillah, selamat membaca." :)

Wednesday, 9 February 2022

Rezeki


APA ITU REZEKI?

Rezeki Allah itu tersangatlah luas. Rezeki bukanlah berupa wang semata-mata.

Untuk mata yang mampu melihat itu REZEKI
Untuk telinga yang mampu mendengar itu REZEKI
Untuk mulut dan lidah yang boleh bercakap itu REZEKI
Untuk kaki dan tangan yang mampu bergerak itu REZEKI. 

Bilamana kita mula belajar bersyukur dengan sekecil-kecil perkara, percayalah Allah akan tambah rezeki yang kita ada.

Sentiasa ucapkan syukur kepada Allah Maha Pemilik Rezeki.

Wednesday, 14 May 2014

Pintu Syrga :)




PINTU-PINTU SYURGA. :)


Nabi s.a.w bersabda :


"Barangsiapa yang membiayai sepasang suami  dan isteri (yang berjuang) di jalan Allah dari hartanya, maka dia akan dipanggil dari berbagai pintu Syurga. Dan Syurga memang mempunyai banyak pintu. Barangsiapa rajin solat, dia akan dipanggil dari pintu solat. Barangsiapa rajin bersedekah, dia akan dipanggil dari pintu sedekah. Barangsiapa rajin berjihad, dia akan dipanggil dari pintu jihad. Dan barangsiapa rajin berpuasa, dia akan dipanggil dari pintu Rayyan."

Abu Bakar berkata, "Demi Allah, ya Rasululah, bagaimanapun seseorang mesti  akan dipanggil dari salah satu pintu. Tapi, adakah seseorang yang akan dipanggil dari semua pintu-pintu itu ya Rasulullah?"

Nabi s.a.w menjawab, "Ya, dan aku berharap kamu termasuk di antara mereka." :)


(Imam Sahih Bukhari dan Sahih Muslim)



Saturday, 8 March 2014

Cinta Allah yang paling Indah :)







Suamiku, aku tidak tahu banyak tentang dirimu. Tapi yang satu ini sudah terlalu cukup untukku. Bahawa kau sebahagiaan cinta Allah yang paling indah. :)


Terima kasih abang. Suami terhebat untukku. Moga hebat juga dimata 'Tuhanku'. Suamiku, izinkan aku bersamamu di SyurgaNya.  :)




Saturday, 4 January 2014

Diari Sufi

 


  Kali pertama bumi ini diciptakan, katanya bumi ini selalu bergoyang,bergoncang dan tidak berputar dengan stabil malah tidak berputar pada paksinya. Perkara ini merunsingkan para malaikat lalu para malaikat menghadap ALLAH SWT...

         "Wahai Rab Yang Maha Mengetahui, mengapa bumi ini bergoyang?"
Tanya para malaikat.

         "Kerana belum dipaku." Jawab Allah singkat.

          "Lalu, bagaimana Engkau memaku bumi wahai Rab?" tanya para malaikat lagi.

          "Aku akan menciptakan gunung-ganang." jawab Allah.

     Setelah itu, Allah terus menciptakan gunung-ganang di berbagai belahan bumi. Apa yang terjadi adalah sememangnya benar setelah diciptakannya gunung-ganang, bumi pun diam kemudian berputar sesuai paksinya. Maka kemudian gunung pun dikenali sebagai paku bumi yang diciptakan Allah SWT.

    Paku merupakan benda keras yang terbuat dari besi. Setelah Allah menciptakan paku bumi iaitu gunung-ganang, kemudian para malaikat pun bertanya lagi.

             "Ya Rab, adakah yang lebih kuat dari paku?"

             "Ada!" Jawab Allah. "iaitu api, yang dengan panasnya dapat melelehkan besi."

             "Adakah yang lebih kuat lagi selain api, Ya Rab?" Tanya malaikat lagi.

             "Ada! Yakni air yang dapat memadamkan api." jawab Allah lagi.

             "Jadi Ya Rab, adakah yang lebih kuat lagi selain air?" sambung malaikat.

             "Ada! iaitu angin, yang kerananya dapat membawa air kemana pun ia menghembus."jawab           Allah lagi.

             "Tapi Ya Rab, adakah yang lebih kuat dari semua itu (gunung,api,air,angin)?" malaikat bertanya lagi.
             
             "Ada! iaitu nafas hamba-Ku yang berdoa kepadaKu. Kerana sesungguhnya DOA itu mampu mengubah takdirKu." Demikian Allah SWT menjelaskan.

[Hadis Kudsi] -Petikan dari buku Diari Sufi-
               

Tuesday, 1 October 2013

Redha Allah terletak pada redha suami. :)









"Abang, abang redha dengan sayang? soalku kepada suami sambil memegang tangannya.


"Ye sayang, abang redha."


Aku tersenyum. Aku lantas mencium pipi suamiku. Ciuman yang halal. Menambahkan pahala untukku dan mengeratkan kasih sayang di antara kami suami isteri.


"Terima kasih abang. Abang baik sangat. Tapi kenapa? Kenapa abang baik sangat?"


Terpinga-pinga suamiku mendengar soalan itu. Mungkin dia hairan dengan soalanku. Tapi itu la soalan yang aku benar-benar ingin bertanya kepadanya.Wajah aku pula sangat serius ketika itu. Benar-benar mengharapkan jawapan darinya. Macam tak logik. Tapi aku bertanya juga.


Suamiku menjawab, because I love you. I love you isteriku."


Aku memandangnya dengan wajah terharu. "Terima kasih abang. Abang baik sangat. I love you too."


Ye, dia seorang suami yang terlalu baik untuk aku. Aku selalu mendoakan kesejahteraannya. Aku selalu meminta pada Tuhanku,


"Ya Allah, moga Engkau hadiahkan Syurga buat suamiku. Dia suami yang terlalu baik. Aku boleh menjadi saksi di akhirat kelak bahawa dia seorang suami yang berbuat baik terhadap isteri. Ya Allah, 'hadiah' ini terlalu istimewa dariMu untukku." bergenang air mataku ketika mendoakannya. Akhirnya gugur ke bumi.



Teringat pada beberapa hari selepas perkahwinan, aku demam. Badanku panas. Aku tetap tenang aje. Tapi lama kemudian, apabila suamiku memegang badanku, lantas dia bertanya,


"Sayang, kenapa badan sayang panas sangat?" Suamiku nampak resah. Aku senyum aje. Aku menjawab, "Abang jangan bimbang, sayang okay tak ada ape-ape. Sayangkan jururawat." sempat lagi aku bergurau dengannya.


"Sayang demam ye? Abang ambil ubat ye. Esok awal-awal pagi kita pergi klinik okay? " Dia bertanya lagi.


Aku menggeleng-gelengkan kepala. "Taklah abang, sayang tak ada ape-ape. Jangan bimbang."


Masa tu pukul 5 pagi. Aku tak sampai hati nak susahkan dia bangun untuk aku semata-mata nak mengambil ubat dan sebagainya. Kalau aku jawab aku demam, mungkin dia akan bertambah bimbang. Cukuplah aku menyusahkannya.


Keesokkan harinya, selepas isyak aku fikir suhu badanku akan turun. Tapi salah jangkaanku. Badan ku makin panas. Aku tak dapat lagi menafikan pada suamiku yang aku tidak demam. Aku nampak sangat lemah. Aku akhirnya terlena. Badan terlalu letih. Suara berubah sedikit serak. Mataku merah.


"Sayang, sayang demam ni." kata suamiku dalam resah. Aku tidak menjawab apa-apa. Aku betul-betul tidak larat ketika itu.



Suamiku segera mengambilkan ubat, air suam, dan bawa kepadaku. Aku masih terbaring di atas katil ketika itu.



"Sayang, buka mulut. Kita makan ubat." Aku mengiyakan aje. Selesai makan ubat. Aku terus terlena.
Aku terjaga di tengah malam, aku lihat suamiku masih setia disisiku. Aku segera memeluknya.




"Terima kasih abang, jaga sayang dengan baik. Bukan semua lelaki boleh buat macam abang. Apatah lagi sayang ni adalah jururawat. Sepatutnya sayang yang harus menjaga abang. Tapi abang, kalah jururawat."




Suamiku tersenyum, "Abang taknak apa-apa terjadi dengan sayang."




Suami ku membelai rambutku. Air mataku menitis. Bertuahnya aku di kurniakan suami sebaik dia.



Bibirku berbicara, meluahkan isi hati ku. "Abang, sayang memang bukan isteri sehebat Siti Muti'ah. Wanita pertama yang masuk Syurga kerana ketaatan dia kepada suaminya, sehinggakan Siti Fatimah puteri kepada Rasulullah pun mencemburuinya. Tetapi sayang akan cuba jadi isteri yang terbaik untuk abang. Mungkin tak akan jadi sehebat Siti Muti'ah sebab sayang baru mengenal apa erti 'solehah'. Tapi sayang akan cuba jadi isteri yang terbaik untuk abang demi menuntut redha Allah. Sayang harap abang sudi bimbing sayang sebab redha Allah terletak pada redha suami. Abang redha dengan sayang selalu ye." menitis airmata ku.


"Ye sayang, kalau Allah izinkan sampai mati abang nak hidup dengan sayang seorang. Abang akan jaga sayang sebaiknya. Sayang adalah amanah dari Allah untuk abang." mata suamiku berair. Aku rasa terharu. Akhirnya aku terlena dalam dakapan suamiku............





"I have no words to explain my LOVE, because I have got amazing person who can understand even my silence. Thank you Allah. " :)




























Thursday, 26 September 2013

Alhamdulillah, sekali lafaz. -15 Jun 2013- :)











Di sini..
Kisah ku bermula. Coretan ku khas buat suami tercinta. Sayang cinta abang kerana Allah. :)










"Aku nikahkan dikau dengan anakku Wan Normaya Nadia Bt Wan Azmi dengan mas kahwinnya RM____ tunai."



Dengan tenang si dia menyahut..



"Aku terima nikahnya Wan Normaya Nadia Bt Wan Azmi dengan mas kahwinnya RM____tunai."


"Alhamdulillah................." sahutan suara orang ramai kedengaran. Mereka mengucapkan syukur.


Suamiku melafazkan akad nikah dengan sangat tenang dan lancar.

"Alhamdulillah, sekali lafaz." bibirku berbicara. Aku mengaguminya. Diriku tersenyum bahagia. Aku memandang kehadapan. Aku lihat si dia turut tersenyum. Aku bertambah gembira.


"Ya Allah, tidakku sangka dialah jodohku. Indahnya perancanganMu. Moga cinta kita sampai syurga sayang." hati kecilku berbisik.



Selesai akad nikah, bapa mertuaku membacakan doa. Orang ramai mengaminkannya  Terdengar sayup-sayup tangisan suara abah mertuaku ketika membaca doa. Aku turut menitiskan air mata. Ya Allah, air mata ini air mata bahagia. Aku sudah pun bergelar seorang isteri seawal umurku 22 tahun. Aku sangat berbangga.


Teringat pada pesan Nabi ku,


"Wahai pemuda-pemuda, sesiapa sahaja diantara kamu yang berkemampuan untuk berkahwin, maka berkahwinlah, kerana dengan berkahwin dapat menundukkan pandangan dan menjaga kehormatan diri."

(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)


Alhamdulillah, ini semua perancangan Allah, pasti ada hikmahnya. :)



Suamiku mempunyai 8 orang adik-beradik. 7 perempuan dan seorang lelaki. Dia merupakan anak bongsu didalam keluarganya. Dia juga mempunyai seorang kembar. Perempuan. Sahabat baik ku ketika di sekolah dahulu, iaitu Sekolah Menengah Agama Perempuan di Pekan Pahang. Setahun sahaja aku disana. Kemudian aku berpindah ke sekolah lain. Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan di Kuantan. Suamiku pula belajar di Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah Kelantan. Sama dengan suami kembarnya. Bermaksud mereka juga kawan baik. Hebat sungguh  perancangan Tuhan. Aku bertemu kembar suamiku dahulu sebelum bertemu dengannya. Tidak sangka aku akan bergelar ipar kepada sahabat baikku sendiri.



Aku dan kembar suamiku  melangkah keluar dari surau. Majlis 'membatalkan air sembahyang' akan diadakan dirumah. Hati ku berdebar. Bagaimana agaknya keadaan ku nanti untuk kali pertama bersentuhan kulit dengannya. Sungguh aku rasa malu. Aku tidak pernah keluar berdua-duaan dengannya. Apatah lagi bersentuhan. Sebab itu aku malu memikirkan keadaan ku nanti untuk bersalam dengannya. Ya Allah, tenangkan aku.


Pengantin perempuan menunggu pengantin lelaki dihadapan pintu pagar rumah. Rombongan datang. Aku lihat suamiku senyum ceria. Gembiranya dia. Tiba-tiba kakak iparku bersuara, Izzuddin tak pernah nampak seceria ini. Aku bertambah malu dengan kenyataan itu. Ternyatalah, suamiku sangat bahagia dengan pernikahan kami.

"Abang, isterimu juga sangat bahagia dengan pernikahan ini." bisik hatiku sendiri.


Abahku menghulurkan tangan suamiku kepada ku. Aku teragak-agak untuk menyambut tangannya. Aku malu. Namun aku tetap hiaskan wajah ku dengan senyuman. Aku menyambut tangannya tenang dan gembira.


Zappp.. "Subhanallah, berdegup laju jantungku saat kali pertama aku bersentuhan kulit dengannya. Ya Allah, indahnya sentuhan pertama ini!" Aku tersipu-sipu malu.


Ya Allah, indahnya.  Mungkin aku dan suamiku tidak akan rasa nikmat  sentuhan pertama ini andai aku dan dia sudah biasa bersentuhan sebelum berkahwin. Ini la hikmahnya bagi orang yang menjaga ikhtilat sebelum mencapai perkahwinan. Hikmahnya terasa. Membawa bahagia.  Aku bersyukur kerana Tuhan menghadiahkan lelaki sebaik dia untuk ku. Tidak pernah sekalipun dia mengambil kesempatan terhadap diriku. Baiknya abang. Moga Allah hadiahkan Syurga buat abang. Aku hairan dengan wanita diluar sana yang terlalu mudah membiarkan dirinya disentuh oleh lelaki lain.


Tahukah kamu? Wanita yang mudah menyerah diri, mudah pula dipermainkan. Wanita yang berhati-hati akan mendapat nilaian tinggi.


Wahai akhawat yang ku kasihi keranaNya, dengarilah nasihatku..


Dirimu terlalu berharga untuk diperjudikan. Dirimu terlalu bernilai untuk dipermainkan. Dirimu terlalu mahal untuk berserah kepada yang bukan halal. Jauhkan diri dari lelaki yang ingin mengambil kesempatan terhadap dirimu. Tinggalkanlah dia. Lelaki yang 'murah' itu bukan untuk wanita 'semahal' kamu. Ada yang lebih baik. Yakinlah dengan janji Allah. Dikira baikkah seorang  lelaki itu sekiranya awal-awal perkenalan lagi telah mengajak kamu melakukan maksiat tanpa kamu sedar? Keluar dating berdua-duaan. Kemudian, apa yang terjadi? Berpegangan tangan, tidur bersama dan akhirnya mengandung anak luar nikah. Allah.. lelaki yang baik bukan sebegitu. Tinggal.. Tinggalkan dia..


Allah S.W.T berfirman,

"Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik."


(Surah an-Nur' ayat 26)


Itulah janji Allah S.W.T buat semua manusia. Seandainya kita menginginkan isteri atau suami yang baik, kita haruslah terlebih dahulu menjadi seorang yang baik. Tak mungkin seorang yang baik akan mendapatkan wanita yang tidak baik atau sebaliknya. Seandainya kita masih meragui kalimah Ilahi, kalimah siapakah lagi yang tinggal untuk kita ikuti?



Akhawat sejati, percayalah. ALLAH lebih mencintaimu. Tidak rugi tinggal lelaki sebegitu. Persiapkan diri menjadi solehah. Pasti yang soleh akan menjejaki kamu. Aku turut bersimpati dengan sahabat-sahabatku yang terlalu taksub dengan cintanya. Teringat kisah lama. Kita aku belajar dahulu.


"Nampak kamu resah sahaja? Ada masalah ke? tanyaku pada seorang sahabat.


"Teman lelaki saya mesej dengan perempuan lain. Dia ajak perempuan tu keluar. Siap ayat bermanja-manja lagi. Saya tak sangka dia akan begitu pada saya. Saya terlalu percayakan dia."


"Tinggalkanlah dia. Dia tak layak untuk awak. Awak boleh dapat yang lebih baik." nasihat aku kepadanya.


"Tidak, saya takkan tinggalkan dia. Saya akan rebut balik dengan perempuan itu untuk dapatkan kekasih saya. Dia milik saya saya seorang! Saya dah buat macam-macam untuk dia. Takkan saya nak lepaskan dia pada wanita itu begitu sahaja?"


Aku terdiam. Kasihan sahabatku. Nasihat ku tidak dipedulikan. Moga Allah memberi hidayah kepada kamu.


Awal perkenalan lagi dia mampu mainkan kamu? Bagaimana jika kalian bernikah nanti? Apa bukti yang dia akan setia dengan kamu? Fikir baik-baik. Please think twice before you do something.


Oooppss, lamunanku terhenti.



Ku pegang tangan suamiku dengan erat sambil berjalan menuju ke dalam rumah, ruang pelamin sedang menunggu kami untuk bergambar. Bergambar sahaja. Bukan bersanding. Baling-baling beras. Ustaz Azhar Idrus kata "Harus bersanding sekirannya pengantin itu adalah AYAM." :)

Diikuti dengan rombongan masuk ke dalam rumah. Suasana riuh rendah. Tiba-tiba suamiku berbisik padaku,


"Sayang, betul ke kita dah boleh pegang tangan ni?" Suamiku tersenyum.

Aku turut tersenyum lebar. Lalu aku menjawab, "Ye sayang, kita dah halal."  Aku memandang tepat ke dalam anak matanya. Ku bisikkan di telinga, "I love you."


"I love you too." balas suamiku. Kami sama-sama tersenyum. Ya Allah, indahnya hubungan yang halal ini. Terpancar kebahagiaan di wajah kami suami isteri. Aku berkali-kali mengucapkan syukur.


Suamiku langsung tidak melepaskan tanganku semasa majlis perkahwinan. Di pegangnya erat ketika aku dan dia berjalan bertemu dengan tetamu yang hadir. Baiknya abang. Ketika di atas pelamin, suamiku menyarungkan cincin dijari manisku. Aku juga menyarungkan cincin dijari manisnya. Kemudian aku mencium tangan suamiku. Indah, cukup indah. Kerlipan kamera bersilih ganti di sekeliling kami. Suamiku lantas mencium dahiku, aku tersipu-sipu malu. Sentuhan dan ciuman pertama ini akan ku ingat sampai bila-bila.



 
"Ohh abang, sayang cinta abang kerana Allah." :)













Kisah ini akan bersambung.........insyaAllah.. :)











Wednesday, 12 June 2013

Hebatnya Anak-anak Islam Generasi Pertama







Anak-anak orang mukmin sedang asyik bermain di pinggir kota Madinah. Tiba-tiba suasana gempar seketika. Anak-anak tadi bertempiaran lari menyembunyikan diri. Mengapa?

Rupa-rupanya mereka melihat Sayidina Umar ibnu Khattab sedang berjalan melalui tempat mereka bermain. Anak-anak kecil itu gerun dengan sikap tegas yang ada dalam jiwa Umar. Namun ada seorang budak yang tidak ikut lari, malah terus bermain seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku.

Sayidina Umar lalu bertanya, Mengapa engkau tidak lari bersama kawan-kawanmu?

Anak itu menjawab dengan berani, Saya tidak berbuat kesalahan apa-apa, mengapa saya harus takut. Lagipun jalan ini masih luas untuk tuan lalu.

Sayidina Umar tersenyum melihat keberanian dan kecerdasan anak tersebut.

Siapa namamu? tanya Sayidina Umar.

Abdullah bin Zubair.

Abdullah bin Zubair adalah anak Asma binti Abu Bakar. Inilah jiwa kanak-kanak Islam zaman kegemilangan Islam dahulu yang hanya takut kepada Tuhan, bukan pada manusia.

Semoga anakku nanti sepintar dan sehebat ini. Anakku, ummi berjanji akan mempersiapkan diri untuk menjadi ibu terbaik untukmu nanti. InsyaAllah. :)

Friday, 3 May 2013

Ilmu atau Harta?







Rasulullah s.a.w pernah bersabda : "Aku adalah kota ilmu pengetahuan, sedangkan Ali adalah pintunya."


Oleh kerana kemasyuran ilmu yang dimiliki oleh Saidina ali, maka ramailah yang mahu mengujinya. Pada suatu hari, sepuluh orang ulama’ telah datang menemui Saidina Ali, dan secara bergilir mereka mengajukan pertanyaan yang sama
.


Ulama’ pertama bertanya pada Saidina Ali : Manakah yang lebih utama, ilmu atau harta?
Saidina Ali menjawab : Ilmu lebih utama daripada harta sebab ilmu adalah pusaka para Nabi, sedangkan harta adalah pusaka Qarun dan Fir’aun.



Ulama’ kedua bertanya : Manakah yang lebih utama, ilmu atau harta?
Saidina Ali menjawab : Ilmu lebih utama daripada harta, sebab ilmu akan menjaga kamu, sedangkan harta, engkaulah yang harus memeliharanya.



Ulama ketiga bertanya : Manakah yang lebih utama, ilmu atau harta?
Saidina Ali menjawab : Ilmu lebih utama daripada harta,sebab harta boleh menyediakan diri kita dikelilingi banyak musuh, sedangkan ilmu akan menjadikan engkau mempunyai banyak sahabat.



Ulama’ keempat bertanya : Manakah yang lebih utama, ilmu atau harta?
Saidina Ali menjawab : Ilmu lebih utama daripada harta sebab harta apabila dikeluarkan semakin berkurangan, sedangkan ilmu apabila dikeluarkan akan semakin bertambah.



Ulama’ kelima bertanya : Manakah yang lebih utama, ilmu atau harta?
Saidina Ali menjawab : Ilmu lebih utama daripada harta, sebab orang yang mempunyai banyak harta kadangkala dipanggil dengan panggilan kedekut, sedangkan orang yang banyak ilmu selalu dipanggil dengan nama yang mulia dan megah.


Ulama’ keenam bertanya : Manakah yang lebih utama, ilmu atau harta?
Saidina Ali menjawab : Ilmu lebih utama daripada harta sebab orang yang punya harta akan dihisab pada hari kiamat sedangkan orang yang punya ilmu diberi syafa’at pada hari kiamat.


Ulama’ ketujuh bertanya : Manakah yang lebih utama, ilmu atau harta?
Saidina Ali menjawab : Ilmu lebih utama daripada harta, sebab ilmu membawa ketenangan dan terang-benderang, sedangkan harta menjadikan mereka berasa gusar.



Ulama’ kelapan bertanya : Manakah yang lebih utama, ilmu atau harta?
Saidina Ali menjawab : Ilmu lebih utama daripada harta sebab harta semakin lama akan habis, sedangkan ilmu tak akan habis walau pun tidak ditambah.


Ulama’ kesembilan bertanya : Manakah yang lebih utama, ilmu atau harta?
Saidina Ali menjawab : Ilmu lebih utama daripada harta sebab ilmu akan menjadikan orang yg berilmu itu bersikap lemah lembut, sedangkan harta menjadikan mereka bersikap kasar.



Ulama’ kesepuluh bertanya : Manakah yang lebih utama, ilmu atau harta?
Saidina Ali menjawab : Ilmu lebih utama daripada harta sebab orang yang berilmu termasuk ubudiyyah(pengabdian) yang diberi pahala oleh Allah Taala, sedang orang yang berharta termasuk rubudiyyah(kekaburan).



Nauzubillah.



Jika diberi pilihan antara ilmu dan harta, aku akan memilih ilmu berbanding harta. Harta tidak menjamin akan membawa ku ke Syurga tetapi ilmu, mampu memberi kebahagiaanku didunia dan di akhirat sana.  :)

Monday, 22 April 2013

Termeterai sebuah Janji. :)







9/4/2013.

Alhamdulillah, sudah selamat menjadi tunangan orang. Kebahagiaan menyelubungi diri saat bakal ibu mertua menyarungkan cincin di jari manisku.

Saya tersenyum bahagia dan mengucapkan syukur kepadaNya. Dia yang menciptakan diri  ini, dan saya sangat yakin Dia juga mengetahui siapa yang terbaik untuk hambaNya. 

Majlis perkahwinan insyaAllah akan berlangsung 2 bulan lagi. Ikut perancangan tarikhnya ialah 15/6/2013. Doakan kebahagiaan ini berkekalan hingga akhir hayat.  Dia pilihan ku, si kembar. :)


Termeterai sebuah Janji.....



Wednesday, 20 February 2013

Best Mother In The World.




"Mom, I love you more than you love me."


"How can you prove this, dear?"


"Because you've 2 daughters, and I have only 1 MOTHER! That's why I love you more than you love me." ^^