A Caliph of Allah. An Ummah of Rasulullah. A Zaujah of a great Imam. And a great Mom to be insyaAllah. :)

"Salam sayang buat semua. Jika ada yang kurang, moga ada yang sudi tambahkan. Jika ada yang salah, moga ada yang sudi perbetulkan. Jika ada komen yang membina, dipersilakan memberi pandangan, kerana niatku hanyalah untuk berdakwah. Moga pahala ini yang akan menemaniku di SyurgaNya, tempat terindah dan kekal di alam sana. Adakah semua kisah yang ditulis ini berkaitan dengan diri saya? Ya atau tidak, biarlah Allah sahaja yang mengetahuinya, kerana saya bimbang timbulnya penyakit hati seperti 'riak' dan 'cemburu' dalam diri saya dan pembaca. Saya tidak akan membenarkan atau menafikannya. Terpulang kepada pembaca untuk menilai. Apa yang penting, kutiplah sebanyak mana mutiara hikmah yang terdapat di dalamnya. Saya nukilkan blog ini untuk semua. Wahai para daie dan daie'ah, dengan lafaz Bismillah, selamat membaca." :)

Sunday, 11 November 2012

Ya Allah,lindungi mereka di Palestin..



“What have you done to help our sisters and brothers in Palestine..?!”

“What have you done for them?!”



ALLAH..


Soalan ustaz  itu tadi benar-benar membuatkan Marissa dan sahabat-sahabatnya tersentap..semua terdiam..tiada sebarang jawapan diberi..para hadirin yang hadir juga turut terdiam..

Ceramah yang disampaikan oleh ustaz itu sungguh memberi kesan kepada jiwa anak muda yang hadir pada hari itu..




Ustaz meneruskan ceramahnya..

 
Anak-anak muda yang dikasihi kerana Allah..

“Hidup ini terlau singkat untuk membenci,menyakiti dan hidup ini terlalu singkat untuk  perkara 'remeh'..terlalu banyak tanggungjawab yang kita ada..tapi manusia sering lupa..kadang-kadang sengaja  tidak mahu ambil peduli..”


“Manusia hari ini lebih sibuk untuk bersengketa dan membenci,bercerita tentang teman lelaki,keluar dating sana-sini,mementingkan hiburan,kewangan dan segalanya..sedangkan 'mereka' disana bertarung nyawa demi Islam..”



 ALLAH..

Timbul rasa bersalah dalam diri Marissa,Aisyah dan Nurul Iman..

Mereka semua terus terdiam dan diam..airmata mereka bergenang..cuba menahan dari menitis di pipi..

“Ya ALLAH..entah bagaimana keadaan mereka disana..ampunkan dosa kami ya ALLAH..kami terlupa tanggungjawab kami pada saudara seIslam..kami lalai dengan godaan nafsu dunia..ampunkan kami..lindungi mereka ya Allah..” bisik hati Marissa..air mata yang bergenang akhirnya menitis dipipi..




Ustaz menyambung ceramahnya..

“Saat ini Gaza,Palestin,Syria..mereka bermati-matian bermandi darah...demi AGAMA..demi DIA..

Mana mungkin kita boleh hanya mendiamkan diri..berlagak seperti negera telah aman..padahal penuh dengan kemaksiatan tanpa kita sedar..

Kita berani kata kita menyokong saudara kita..tapi hakikat sebenarnya,kita telah jauh terpesong..

Bagaimana kita boleh kata kita mampu menolong dan membantu mereka sedangkan diri kita sendiri kita tidak mampu 'jaga'..diri kita sendiri terumbang-ambing..tak mampu dibimbing dan membimbing..




Wahai anak muda..

Kasihani mereka..kalau kita boleh terharu,tersentuh perasaan bahkan boleh mengalir air mata menonton drama dan filem-filem rekaan..tapi tidak mampu merasa hal yang sama buat saudara mara kita..Allah..nantikan balasan di akhirat..mereka akan tunding jari pada kita di akhirat nanti kerana hanya mampu melihat mereka dijajah,dibunuh,dicela,diperkosa tanpa memberi mereka sebarang pertolongan.."


Marissa dan sahabatnya tekun mendengar..ada azam yang membara dalam jiwa mereka setelah mendengar kata-kata Ustaz itu..


Ustaz meneruskan ceramahnya lagi..


"Ayuh,jomlah solat hajat walaupun 2 rakaat,jomlah doa walaupun sepotong cuma..jomlah munajat,walau hanya kata-kata sekerat..
Jomlah anak muda..jom kita lakukan sesuatu untuk mereka..!"


Petikan Hadis..



Seluruh Dunia Datang Mengerumuni Dunia Islam


Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda: 

"Hampir tiba suata masa di mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka.."
Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?" 
Nabi s.a.w. menjawab, "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali,tetapi kamu umpama buih di waktu banjir,dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu,dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan'.."
Seorang sahabat bertanya, "Apakah maksud wahan itu wahai Rasulullah?" Rasulullah s.a.w menjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada mati".

(H.R. Abu Daud)



Umat Islam Memusnahkan Orang - Orang Yahudi

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda, "Tidaklah akan berlaku qiamat,sehingga kaum Muslimin memerangi kaum Yahudi sehingga kaum Yahudi itu bersembunyi di sebalik batu dan pohon kayu,lalu batu dan pohon kayu itu berkata, (Hai orang Islam, inilah orang Yahudi ada dibelakang saya..Kemarilah!Dan bunuhlah ia!",kecuali pohon gharqad(semacam pohon yang berduri),kerana sesungguhnya pohon itu adalah dari pohon Yahudi (oleh sebab itulah ia melindunginya).."

(H.R. Bukhari Muslim)


"Ya,umat Islam akan menang!umat Islam akan menang!itu janji Allah!kita kena bantu mereka..di akhirat sana kita pasti bakal ditanya..jadi jangan kita lupa." ceramah ustaz berakhir dengan bermacam nasihat..


Marissa dan sahabatnya beredar pulang..mereka keluar memcari  buku berkaitan dengan Palestin..buku yang menjadi pilihan antaranya ialah 'Palestin,kami datang' karya ustazah Fatimah Syarha..
 

"Ya,benar ustaz..kami mudah alpa..kami lupa tanggungjawab kami pada mereka..kami akan lakukan sesuatu untuk mereka..walaupun hanya dengan sekerat doa..hanya untuk Islam.." bisik hati Marissa..







                                                   SAVE PALESTINE!








No comments:

Post a Comment