A Caliph of Allah. An Ummah of Rasulullah. A Zaujah of a great Imam. And a great Mom to be insyaAllah. :)

"Salam sayang buat semua. Jika ada yang kurang, moga ada yang sudi tambahkan. Jika ada yang salah, moga ada yang sudi perbetulkan. Jika ada komen yang membina, dipersilakan memberi pandangan, kerana niatku hanyalah untuk berdakwah. Moga pahala ini yang akan menemaniku di SyurgaNya, tempat terindah dan kekal di alam sana. Adakah semua kisah yang ditulis ini berkaitan dengan diri saya? Ya atau tidak, biarlah Allah sahaja yang mengetahuinya, kerana saya bimbang timbulnya penyakit hati seperti 'riak' dan 'cemburu' dalam diri saya dan pembaca. Saya tidak akan membenarkan atau menafikannya. Terpulang kepada pembaca untuk menilai. Apa yang penting, kutiplah sebanyak mana mutiara hikmah yang terdapat di dalamnya. Saya nukilkan blog ini untuk semua. Wahai para daie dan daie'ah, dengan lafaz Bismillah, selamat membaca." :)

Friday, 4 January 2013

Jadilah Orang yang Bijak Berbicara =)



Abdullah ibnu Abbas r.a. mengatakan :

Ada lima perkara yang lebih baik bagi mereka daripada kuda liar yang dibiarkan diam.


Pertama: Janganlah engkau berbicara tentang sesuatu yang tidak mengenai dirimu kerana hal itu merupakan perbicaraan yang tidak perlu dan aku tidak menjamin engkau akan selamat daripada dosa.


Kedua: Janganlah engkau berbicara tentang sesuatu sebelum engkau mengetahui saatnya yang tepat sebab mungkin orang berbicara tentang sesuatu yang penting baginya tetapi kerana dilakukan tidak tepat pada waktunya boleh menimbulkan hal-hal yang memalukan.


Ketiqa: Janganlah engkau berdebat dengan orang yang sabar atau bijaksana dan juga dengan orang yang berperangai buruk kerana orang yang sabar tidak akan menghiraukan dirimu manakala orang yang berperangai buruk akan menyakiti hatimu.


Keempat: Ceritakanlah kepada saudaramu yang tidak hadir tentang apa yang engkau sendiri ingin dia ceritakan kepadamu dan maafkanlah dia seperti engkau sendiri ingin dimaafkan olehnya.


Kelima: Buatlah seperti orang yang benar-benar sedar bahawa perbuatan itu akan mendatangkan kebajikan dan tidak akan mendatangkan dosa atau kesalahan.

 (Ibnu Abi Dunya).


'Benda' yang paling tajam di dalam dunia ini adalah LIDAH. Ia lebih tajam jika dibandingkan dengan sebilah pisau. Oleh itu kita harus menguasai lidah kerana seseorang itu boleh terjerumus ke lembah yang hina disebabkan lidahnya yang tidak terkawal dan orang yang berbicara tanpa kawalan itu akan kehilangan arah. Jadi berhati-hatilah ketika berbicara. Jadilah orang yang bijak berbicara kerana mukmin yang baik itu tidak akan menyakiti mukmin yang lain. =)







Wednesday, 2 January 2013

Her Day.. =)

  
 

Selamat mendaftarkan diri ke sekolah baru adikku Niadiana Najiha. Selamat memulakan kehidupan di asrama. Kakak akan selalu rindukan Nia. Semoga berjaya ye. Jangan sedih, niat kita hanya satu, iaitu menuntut ilmu keranaNya. We love you. =) 


Waktu petang di asrama. Walaupun baru sehari dia duduk di asrama, kami dah datang melawat dia. Sungguh, dia anak manja atau kami yang rindu sangat dengan dia?  =)