A Caliph of Allah. An Ummah of Rasulullah. A Zaujah of a great Imam. And a great Mom to be insyaAllah. :)

"Salam sayang buat semua. Jika ada yang kurang, moga ada yang sudi tambahkan. Jika ada yang salah, moga ada yang sudi perbetulkan. Jika ada komen yang membina, dipersilakan memberi pandangan, kerana niatku hanyalah untuk berdakwah. Moga pahala ini yang akan menemaniku di SyurgaNya, tempat terindah dan kekal di alam sana. Adakah semua kisah yang ditulis ini berkaitan dengan diri saya? Ya atau tidak, biarlah Allah sahaja yang mengetahuinya, kerana saya bimbang timbulnya penyakit hati seperti 'riak' dan 'cemburu' dalam diri saya dan pembaca. Saya tidak akan membenarkan atau menafikannya. Terpulang kepada pembaca untuk menilai. Apa yang penting, kutiplah sebanyak mana mutiara hikmah yang terdapat di dalamnya. Saya nukilkan blog ini untuk semua. Wahai para daie dan daie'ah, dengan lafaz Bismillah, selamat membaca." :)

Sunday 10 February 2013

Warkah ini untukmu SAHABATKU.




Wahai sahabatku,

Ketika engkau lelah melangkah, ketahuilah, ada seorang hamba Allah didunia ini siap sedia menemanimu terus berjalan mencari ilmu Allah.

Ketika engkau memerlukan seseorang disisimu, ketahuilah, aku sentiasa ada untuk menemanimu.

Jauh disudut hati kecilku, aku bahagia mengenalimu sahabat. Aku juga yakin, Allah bahagia melihat kita berkasih-sayang keranaNya. Aku tidak mengharapkan balasan di setiap kebaikan melainkan aku mengharapkan syurgaNya di akhirat sana.


Wahai sahabatku,

 

Ilmu Allah terlalu luas, aku sendiri tidak mampu menjelajahi seorang diri. Aku perlukan teman disisi yang sama-sama ingin berjuang denganku. Mencari dan terus mencari cinta Allah yang hakiki. Terkadang aku alpa dan leka, matlamat hidupku didunia ini, dari mana aku datang dan kemana aku ingin kembali. Sebab itu aku memerlukan mu sahabatku, dan aku juga bersiap sedia untuk mu. Mari ketika bersama-sama mencari ilmuNya untuk akhirat sana dan semoga Allah memasukkan kita ke dalam syurgaNya.


Wahai sahabatku,


“Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.”



Aku ingin menjadi salah seorang daripadanya. Yang boleh membuatkan engkau tenang ketika melihat wajahku, yang boleh membuatkan engkau mengingati Allah apabila memandangku, yang boleh menambahkan ilmu agama ketika engkau bersamaku. InsyaAllah.


Sabda Rasulullah s.a.w
,

"Perumpamaan persaudaraan kaum muslimin dalam cinta dan kasih sayang di antara mereka adalah seumpama satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh sakit maka mengakibatkan seluruh tubuh menjadi demam dan tidak bisa tidur."


(Hadis riwayat Muslim)





Ketika engkau jatuh, hulurkanlah tanganmu. Aku akan sentiasa sedia menyambut dan memimpinmu. Aku cinta kamu sahabat. :)




1 comment: