A Caliph of Allah. An Ummah of Rasulullah. A Zaujah of a great Imam. And a great Mom to be insyaAllah. :)

"Salam sayang buat semua. Jika ada yang kurang, moga ada yang sudi tambahkan. Jika ada yang salah, moga ada yang sudi perbetulkan. Jika ada komen yang membina, dipersilakan memberi pandangan, kerana niatku hanyalah untuk berdakwah. Moga pahala ini yang akan menemaniku di SyurgaNya, tempat terindah dan kekal di alam sana. Adakah semua kisah yang ditulis ini berkaitan dengan diri saya? Ya atau tidak, biarlah Allah sahaja yang mengetahuinya, kerana saya bimbang timbulnya penyakit hati seperti 'riak' dan 'cemburu' dalam diri saya dan pembaca. Saya tidak akan membenarkan atau menafikannya. Terpulang kepada pembaca untuk menilai. Apa yang penting, kutiplah sebanyak mana mutiara hikmah yang terdapat di dalamnya. Saya nukilkan blog ini untuk semua. Wahai para daie dan daie'ah, dengan lafaz Bismillah, selamat membaca." :)

Thursday 20 December 2012

Saya seorang kakak =)



Nabil, Nadia, Najib dan Nia. Pandai mama dan papa susun nama. :)


Saya, merupakan seorang kakak. Sebagai seorang kakak, saya mempunyai tanggungjawab yang besar pada adik-adik saya, kerana kakak atau abang itu adalah contoh yang paling mudah untuk adik-adik ikuti. Kadang-kadang bila nak lakukan sesuatu, saya akan fikir banyak kali, baik ke tak, buruk ke tidak, kerana saya takut adik-adik saya mencontohi mana-mana sikap saya yang kurang baik.


Saya cuba menjadi seorang kakak yang bertanggungjawab. Abang kandung saya pula jauh, bekerja di Sarawak. Sebagai anak kedua, saya la yang harus mendidik mereka.


Tapi setakat ni alhamdulilah, adik saya Najib Hanef dan Nia Najiha semuanya baik-baik sahaja dan rajin belajar.


Baru-baru ni Najib dapat 7A1B dalam PMR.
Nia pula dapat 5A dalam UPSR.


Tenang hati saya. Mama dan papa pun nampak gembira bila mereka berjaya. Alhamdulillah, semua dengan izinNya.


Saya pula, rajin membawa mereka ke kedai buku, bukan apa, saya sebenarnya ingin melatih mereka supaya rajin membaca buku.


Pernah suatu hari Najib bertanya pada saya..


"Akak, akak tak boring ke asyik baca buku, pergi kedai buku, dan pergi kemana-mana bawa buku?" tanya Najib kepada saya dalam nada bergurau.


Saya terus tersenyum dan memandang wajahnya. Dengan tenang saya menjawab.


"Bagi kakak, ilmu itu sangat mahal harganya. Mana mungkin kakak boleh 'boring' membaca buku sedangkan buku tak pernah 'boring' berikan kakak ilmu, dan ilmu pula tak pernah 'boring' buatkan hidup kakak bahagia."


Najib kelihatan kagum mendengarnya. Sejak dari hari tu, dia tak pelik lagi bila saya asyik dengan buku. Saya pun latih juga dia supaya lebih 'rapat' dengan buku. :)


Sabda Rasulullah s.a.w :
 

"Barangsiapa yang menghendaki kebahagiaan di dunia maka hendaklah dia berilmu dan barangsiapa yang menghendaki kebahagiaan di akhirat maka hendaklah dia berilmu dan barangsiapa menghendaki kedua-duanya maka dia pun harus berilmu"


Ya, itulah matlamat saya. Buku dan ilmu memang tidak dapat dipisahkan. Saya suka membaca. Terutama buku-buku agama. Saya sanggup menghabiskan banyak masa di kedai buku dan library daripada ikut kawan-kawan pergi 'shopping'. Saya kurang suka shopping, sebab saya tahu keperluan itu lebih penting daripada keinginan. :)


Pernah satu hari, bila kawan-kawan ajak saya keluar beli barang, saya ikut aje. Tapi, saya mesti akan mintak izin untuk pergi ke tempat lain, dalam Mall yang sama. Sampai mereka akan cakap, "Err, ni mesti nak ke kedai buku ni." Saya senyum aje. Mereka pun tersenyum. Saya rasa gembira bila mereka memahami. 


Mujur juga sahabat yang paling rapat dengan saya pun kurang suka pergi shopping, dia juga lebih suka ke kedai buku dan membaca. Jadi tak ada masalah untuk saya. Apa-apa pun,saya meraikan keinginan kawan-kawan yang lain, yang suka membeli belah, sebab itu hak mereka. :)



Telefon bimbit saya menyanyi riang. Alunan lagu nasyid kedengaran. Ada satu pesanan ringkas (sms) muncul pada skrin telefon bimbit saya. Mesej dari Najib rupanya.


"Salam akak, tolong Najib. Najib keliru la, tak tau nak pilih Biologi atau Lukisan Kejuruteraan?"

Tersenyum saya dibuatnya. Perkataan 'tolong' tu nampak macam dia tengah 'terdesak' sangat. Hampir tergelak juga. Tapi saya cuba memahaminya.


Saya membalas, "Salam, Najib suka yang mana satu? Nanti besar Najib nak jadi apa?"

"Najib nak jadi doktor, tapi Najib tak minat sangat membaca dan menghafal. Najib lebih suka melukis."

"Kalau nak jadi doktor, Najib kena pilih biologi. " saya membalas mesejnya lagi.

Tiba-tiba dia bertanya lagi, "Hmm akak, kalau Najib ambil Perdagangan and Perakaunan boleh tak?"

 Aik?? Terpinga-pinga saya membaca mesejnya. Saya tunjukkan pengertian lagi.

"Err, bukan tak boleh. Bagi kakak, tak kisahlah bidang apa-apa pun, semuanya bagus dan hebat. Cumanya kurang sesuai dengan cita-cita Najib. Najibkan nak jadi doktor. Tersasar jauh sangat tu. Kalau Najib nak jadi doktor, Najib kena ambil Biologi. Lagipun Najib dapat 7A, cikgu mesti tak bagi Najib ambil Perdagangan dan Perakaunan." panjang lebar saya membalas mesejnya.

"Hmm, cikgu memang tak bagi. Tapi, Najib takut la nak ambil biologi tu. Tak susah ke kak?"

Saya tersenyum. Saya membalas mesejnya lagi.

"Adikku Najib Hanef, tak ada perkara yang senang dalam dunia ni. Semuanya bermula dengan 'susah', dan kesusahan itulah yang mengajar kita supaya kita lebih berusaha dan bergantung harap padaNya, dan Allah dah janji dengan kita, setiap kesusahan itu pasti akan dibalas dengan kesenangan. Kita kena yakin dengan janjiNya. InsyaAllah kalau Najib usaha, akak yakin Najib boleh berjaya. Najibkan pandai. Dulu, masa kita kecil, mama dan papa besarkan kita dalam keadaan susah juga. Tapi bila kita dah besar, merekalah orang yang paling 'senang' sekali. Ini la peluang kita nak balas jasa mama dan papa. Cuba istikharah. Minta petunjuk. " Saya berikan nasihat kepadanya. Saya faham, adik saya perlukan sokongan daripada saya sebagai seorang kakak. Saya cuba memahami keadaannya ketika itu.

"Ok, thank you kak. I love you."

"I love you too. Take care."

Keesokkan malamnya, Najib mesej lagi. "Akak, Najib dah buat keputusan. Najib ambil Biologi."

Saya tersenyum ceria. Saya yakin, adik saya bukannya orang yang mudah mengalah. Cuma kadang-kadang,  mereka inginkan sokongan dan keyakinan daripada keluarganya. Dengan siapa lagi dia nak bermanja dan bertanya, kalau bukan dengan saya sebagai kakak dia? Jadi sebagai seorang kakak, saya akan cuba jadi pendengar dan penasihat yang paling setia untuknya.


"Alhamdulillah, moga Allah permudahkan. " =)


Keputusan peperiksaan awal tahun keluar,

Najib mesej lagi, ketika itu saya masih berada di Kedah. Bumi tarbiyah, dimana tempat saya menuntut ilmu. Saya membaca mesejnya.

"Akak, Najib dapat Biologi 68 je. Okay tak kak? Macam tak okay je." katanya.

Saya tersenyum lagi. Saya membalas mesejnya seolah-olah terlalu kagum dengan kejayaannya. Saya nak dia lebih yakin yang dia mampu lakukannya. Ini baru permulaan. Bagi saya markah 68 tu dah cukup bagus.


"Wow, u make me proud! You got it! Good result my dear. Congrates!." =)

"Okay, thank you kakak." =) jawab Najib.

 "Nanti kakak balik Kuantan, kakak bawa Najib beli buku ye." saya membalas lagi.

"Okay kak." =)


Alhamdulillah, tepat sangkaan saya. Adik saya Najib Hanef memang seorang yang hebat. Moga hebat juga dimata TuhanNya. Dia mengadu bukan beerti dia lemah, tapi dia inginkan sokongan. Sebagai kakak, kita tak boleh membuatkan dia lebih 'down'. Kita kena kembalikan semangat dia. Itula tanggungjawab seorang kakak. =)


Tadi Najib, sekarang Nia Najiha pula.. dia adik yang kedua, bawah pada Najib.


Nia pula pernah bertanya pada saya,


"Akak, kenapa akak pakai tudung labuh? pakai tudung biasa tak boleh ke?


Saya tersenyum lagi mendengar pertanyaannya. Bukan adik saya sahaja yang bertanya, orang lain terutama remaja juga bertanyakan soalan yang sama.


Saya memandang wajah si kecil itu. Dia masih kecil untuk memahami. Tapi saya akan cuba meyakinkannya. Saya memberikan dia seukir senyuman, lalu saya berkata,


"Yang tertutup itu indah!"

"Cuba Nia perhatikan buku kakak yang berbalut dengan yang tidak berbalut, mana yang lebih baik? Cuba Nia perhatikan meja makan, katil, dan tingkap, antara yang berbalut dengan yang tidak berbalut, di alas dengan yang tidak beralas, mana yang lebih cantik? Macam mana kalau kakak balut 'separuh-separuh' je, Nia rasa okay tak?


Gadis kecil itu segera menjawab, "Err, tak okay! Lebih baik balut penuh-penuh, lagi cantik!"


Saya tersenyum ceria. Alhamdulillah, saya cuba bagi ruang untuk dia berfikir. Nampaknya dia sudah mula memahami. :)


Mendidik adik-adik ni tak susah. Senang sebenarnya. Cuma perlukan kesabaran. Kadang-kadang kita mendidik dia secara tidak langsung. Kita mendidik melalui perbuatan kita sendiri. Kalau kita rajin belajar, insyaAllah, mereka juga akan jadi rajin untuk belajar, kerana contoh itu ada depan mata. Kalau kita rajin ke kuliah agama, insyaAllah, mereka juga akan rajin ikut kita ke kuliah agama. InsyaAllah. Jadi, kalau kita ingin mendidik orang lain, kita harus mendidik diri kita sendiri dahulu. Baru boleh jadi contoh untuk orang lain. :)


Keputusan UPSR di umumkan. Nia dapat 5A. Jadi saya tanya pada dia, "Nia nak masuk sekolah mana nanti?"

"Nia nak masuk MRSM, SBP tak nak." jawabnya.


"Err, SBP tu sekolah berasrama penuh, sekolah sains. MRSM pun sekolah berasrama penuh juga. Jadi apa bezanya? 2 2 berasrama penuh." Saya bertanya kepada dia dalam keadaan terpinga-pinga. Lucu juga. Tapi saya tetap meraikan keinginannya.

"Sebab MRSM lagi best. Nia nak jadi doktor."


Saya senyum lagi. "Nia taknak masuk Maahad Tahfiz Negeri Pahang? kat situ pun boleh belajar sampai jadi doktor?" soal saya pada dia.

"Taknak, kalau boleh Nia nak MRSM ." Saya tunjukkan pengertian. Saya meraikan keinginannya.


Saya, mama dan papa, bertungkus lumus mengusahakannya. Haritu MRSM panggil untuk interview. Keputusan keluar mungkin bulan 1 nanti. Mudah-mudahan dia dapat. Saya akan gembira untuk dia.

Sementara tunggu keputusan MRSM keluar, saya akan hantar dia ke sekolah rancangan khas di Kuantan. Kalau dapat aliran agama di sekolah rancangan khas tu, lagi bagus. Sekolah ni antara sekolah yang hebat juga. Sekolah berasrama. Untuk pelajar 4A dan 5A sahaja.


Bagi saya, sekolah agama tu bagus, kerana didikan agamanya. Tapi sekolah bukan aliran agama pun bagus juga. Kadang-kadang orang yang sekolah biasa lebih baik agamanya daripada sekolah agama. Tapi itu semua bukannya salah sekolah yang mengajarnya, mana-mana sekolah semuanya sama, tapi ianya atas individu itu sendiri. Setakat mana dia ingin belajar ilmu dunia dan akhirat.


Jadi, tak kisah la Nia berada di sekolah mana sekali pun, asalkan didikan agamanya betul. Saya akan cuba latih dia menjadi seorang wanita solehah. InsyaAllah. :)


Bagi saya, Najib dan Nia sama-sama hebat. Tahun depan Najib akan menjadi ketua pengawas sekolah bahagian kokurikulum, bahagian sukan. Nia pun sama. Nia adalah ketua pengawas sekolah di sekolahnya. Saya rasa kagum dengan mereka. :)


Esok adalah hari untuk Nia mengambil anugerah di yayasan Pahang. Semua pelajar cemerlang UPSR 5A di Pahang akan datang. Tahniah adik-adikku. :)


Buat adikku Najib dan Nia,

Kamu baca atau tidak blog ini, kakak tak tahu. Apa yang kakak ingin sampaikan, kakak nak kamu tahu, kakak sayangkan kamu berdua. Moga jadi anak yang soleh dan solehah ye. Kakak sedia menjaga kamu sehingga kamu dewasa, sehingga kamu berjaya. InsyaAllah. Susah senang kita bersama. Nabil, Nadia, Najib, dan Nia  :)


                                Yang baju pink itu abg Nabil, baju purple Najib, yang paling kecil tu Nia. :)







4 comments: