A Caliph of Allah. An Ummah of Rasulullah. A Zaujah of a great Imam. And a great Mom to be insyaAllah. :)

"Salam sayang buat semua. Jika ada yang kurang, moga ada yang sudi tambahkan. Jika ada yang salah, moga ada yang sudi perbetulkan. Jika ada komen yang membina, dipersilakan memberi pandangan, kerana niatku hanyalah untuk berdakwah. Moga pahala ini yang akan menemaniku di SyurgaNya, tempat terindah dan kekal di alam sana. Adakah semua kisah yang ditulis ini berkaitan dengan diri saya? Ya atau tidak, biarlah Allah sahaja yang mengetahuinya, kerana saya bimbang timbulnya penyakit hati seperti 'riak' dan 'cemburu' dalam diri saya dan pembaca. Saya tidak akan membenarkan atau menafikannya. Terpulang kepada pembaca untuk menilai. Apa yang penting, kutiplah sebanyak mana mutiara hikmah yang terdapat di dalamnya. Saya nukilkan blog ini untuk semua. Wahai para daie dan daie'ah, dengan lafaz Bismillah, selamat membaca." :)

Thursday, 29 November 2012

Farewell Batch 1/2010 =)


Pejam celik pejam celik, 3 tahun hampir tamat. Susah senang kami harungi bersama. Alhamdulillah, kami berjaya mengharunginya di sini, di bumi Kedah yang ku cintai.


Semalam, 'Farewell Night' (Majlis Perpisahan) bagi batch 1/2010-65 orang) telah diadakan di Hotel Amanpura Sungai Petani bagi meraikan kejayaan kami. Segalanya berjalan dengan penuh meriah. Warga kolej meraikan kami dengan sebaiknya. Semua hadir. Adik-adik, para pengajar jururawat Kolej Kejururawatan Sungai Petani (Kementerian Kesihatan Malaysia) semuanya bertungkus-lumus mengadakan majlis ini.


Ramai junior yang menangis ketika bersalaman dengan kami sehinggakan kami berasa terharu melihatnya. Mungkin mereka sangat terasa akan perpisahan ini. Tiada lagi kakak yang akan beri tunjuk ajar kepada mereka. Tapi tak mengapa, kakak batch yang lain masih ada. Apa-apa pun, kenangan terindah ini akan kami simpan dalam ingatan hingga akhir hayat kami.


InsyaAllah, kami akan menjadi seorang Jururawat Terlatih yang berjaya dengan hasil didikan mereka selama ini. InsyaAllah, segalanya-galanya untuk Dia. :)


Batch 1/2010..

Engkaulah Teman..
Engkaulah Kenangan..
Kenangan Terindah bersama kalian..
Memori Indah Tercipta..
I Love You All.. :)


                                                                Looks like Princess Of The Night.. :)

                                                


                                                                3 years together :)



                                                                 with my best friend - Ika :)



                                                          6 from 65 nursing students in  my batch :)






                                                                 with our junior..we love you all :)



                                                              Pintu Gerbang Dewan Hotel Amanpura :)



                                                                    love them so much! :)



           

Saturday, 24 November 2012

Lelaki dan Wanita ternyata berbeza.. :)


Saya bekerja dengan lelaki dan wanita di tempat kerja..hari demi hari,saya perhatikan setiap gerak geri mereka..saya dapat rasakan perbezaan yang sangat nyata..


Entah kenapa,hati saya lebih suka melihat cara lelaki bekerja..bukan lelaki 'anak muda'..tapi semua lelaki termasuk pakcik-pakcik..pangkat 'ayah' pada saya.. :)


Cara lelaki bekerja nampak lebih tenang,mudah,professional..jauh berbeza dengan wanita..walaupun saya juga wanita,saya tetap rasa 'pelik'..


Saya suka melihat lelaki bekerja..mereka meletakkan 'akal' didepan..emosi jauh sekali dibelakang..hebat bukan ciptaan Allah untuk kaum adam?tahniah lelaki.. :)


Saya juga memerhatikan cara wanita bekerja..kebanyakan cara wanita bekerja penuh dengan emosi..bila mereka tidak puas hati,mereka terus akan tunjukkan kemarahan,dan ada juga yang suka mengumpat mengata..kadang-kadang saya bertanya kepada diri saya..err,kenapa wanita suka bersikap macam tu?kenapa tak macam lelaki?lelaki relax aje..walaupun tak semua wanita macam tu..sebab ramai je yang baik-baik..macam ibu saya.. :)


Dengan melihat perbezaan ini,saya berazam dengan diri saya sendiri..saya nak jadi macam lelaki..meletakkan akal didepan,emosi jauh kebelakang..lelaki lebih matang dalam segala hal..apabila ada sesuatu yang berlaku,saya nak jadi macam lelaki..'fikir dulu,baru bertindak' bukan 'bertindak melulu,akhirnya menyesal'.. :)


Tapi,wanita pun tidak kurang hebatnya..sikap wanita penuh dengan kasih sayang,caring..cuma kadang-kadang emosi mereka jauh lebih kedepan berbanding akal..walaupun tak semua..

Saya pernah bertanya kepada seorang lelaki..


"Kenapa lelaki bekerja nampak tenang je?tak macam perempuan?"


Lelaki itu menjawab,

"Sebab lelaki ada banyak akal..sebab tu dalam setiap perkara,lelaki suka fikir dulu..tapi perempuan suka beremosi dulu,baru fikir.."


Saya mula memahami perbezaan ini..tapi tidak sesekali saya merendah-rendahkan mana-mana pihak..sebab masing-masing ada kelebihan dan kekurangannya..cuma melalui perbezaan ini,saya ingin melatih diri saya menjadi lebih baik..


 Sabda Rasulullah s.a.w..

 "Aku menjenguk ke dalam syurga dan aku melihat kebanyakan penghuninya adalah orang miskin dan aku menjenguk ke dalam neraka dan aku melihat kebanyakan penghuninya adalah wanita.."


Saya nak masuk syurga..jadi apa-apa pun yang ingin saya lakukan,saya ingin 'meletakkan akal jauh ke depan dan emosi jauh ke belakang'..saya mahu bekerja dalam keadaan yang tenang,membahagiakan semua orang dan bekerja dengan redha Allah..jadi,jom fikir dahulu sebelum bertindak! :)

Apa-apa pun,saya tetap bangga menjadi seorang wanita..wanita tetap banyak kelebihannya.. :)




Tuesday, 20 November 2012

Hebatnya sebuah senyuman.. =)




Saya baru lepas membaca sebuah buku yang bertajuk 'Bercinta Kerana Allah' karya Misbah Em Majidy..kata-kata dan nasihatnya memukau hati saya sebagai pembaca.. =)


Kata-katanya..

Pertama..

"Jika kita berjumpa dengan seseorang  dan lantaran itu kita memberikan senyuman yang paling manis kepadanya maka,Allah akan memberikan 90 rahmat kepada kita.." bestnya!

Kedua,

"Jika kita berjumpa dengan seseorang dan lantaran itu kita saling bersalaman,berpelukan dan berkasih-sayang dengannya dalam muka yang paling ceria maka,setiap dosa-dosa kecil kita dan dia akan gugur.."

MasyaAllah!hebatnya sebuah senyuman..cukup sekadar dengan 'senyuman' kita mampu memperoleh banyak pahala..ruginya kita kalau tidak merebut peluang ini..

Jom senyum sokmo! =)





Dear Allah.. =)



Dear Allah,

I want to take a minute not to ask for anything from You but simply to say Thank You for all I have..
I love You Allah.. =)


 

Monday, 12 November 2012

Nilai sebuah persahabatan..



Jika 'persahabatan' itu boleh dibeli dengan wang dan ringgit,nyatakan kepadaku berapakah harganya?berapakah nilainya?ingin ku beli dan bayar sebagai tanda menghargai sebuah persahabatan..tapi tidak mungkin..kerana nilainya terlalu tinggi..setinggi awan di langit jika engkau mengetahuinya..

Mungkin kita jauh dimata tapi dihati tidak pernah lupa..kerana sahabat yang baik itu sentiasa mendoakan kesejahteraan sahabatnya..


Jika tidak mampu berjumpa di dunia,moga Allah izinkan kita berjumpa di syurgaNya.. :)








 Nilai sebuah persahabatan..


Indahnya cinta.. :)




Cinta itu hadir tanpa kita sangka..kadang-kala ianya berputik tanpa kita sedari..ada pula yang hadirnya 

walau hanya pertama kali bertentang mata..namun sebelum kita membiarkan cinta itu tertanam di lubuk hati 


kita yang paling dalam,maka nilailah cinta kita itu semula..


Kalau kita mencintai seseorang kerana Allah dan berniat untuk memuliakannya dengan ingin menikahinya 

maka besarlah pahalanya sedang perkahwinan itu diibaratkan seperti membina sebuah rumah Allah.. :)

  

Bila hati mula tertarik pada si dia,syaitan mula berbisik..Hati kata hampirinya,Iman kata peliharalah malu mu! 

Hati berbisik merasakan dia punya rasa yang sama,cuma tidak disuarakan mahupun ditunjuk..maka 


ikhtilat keduanya terjaga..hubungan sekadar urusan yang perlu kerana kemas memegang "La taqrabu zina!"


 

 

Untuk keluar berduaan seperti orang lain jauh sekali tidak..saban hari berdoa agar Allah memelihara rasa  


itu,agar membawa ke Syurga bukan sebaliknya..


Malu mengatasi mahu ..InsyaAllah..mujahadah ini pengakhirannya bahagia..mungkin bersama Si Dia atau 

yang  lebih baik darinya..sama juga untuk dia..mungkin ada yang lebih dari diriku untuknya..kerana janji 


Allah,jodoh itu telah ditetapkan..kalau bukan di dunia mungkin di Syurga..

   
Allah tahu apa yang terbaik buat kita..Dia hadirkan cinta dalam Hati,terpulang membawanya 

ke jalan halal atau sebaliknya.. 



Sesekali ada yang bertanya..




"Marissa,awak sudah berpunya?kalau belum,saya nak kenalkan awak dengan seseorang..dia meminta saya jadi orang perantara.." soal sahabat baik ku..



"Maafkan saya Zuraini(bukan nama sebenar),saya sudah ada pilihan hati.."





Zuraini lantas memegang tanganku..
"Benarkah?kenapa tidak beritahu?dimana dia sekarang?" soal Zuraini..



Saya tersenyum.. "Dia ada..sangat jauh dimata..tapi saya yakin dia baik-baik sahaja kerana saya sudah meminta Allah menjaganya.."


 

 "SubhanAllah..bertuahnya dia..ingin sekali saya mengenali lelaki yang bertuah itu.."


Kata-kata itu membuatkan saya tersenyum ceria..Zuraini juga tersenyum..kami sama-sama tersenyum..



Zuraini  memeluk saya dan berkata.. "Marissa,kalau ini yang membuatkan awak bahagia,saya doakan awak kekal bahagia bersamanya.."



"Terima kasih Zuraini..bertuah saya dapat sahabat seperti awak...sangat memahami.."



                              


"Puteraku,mawarmu disini sedang mempersiapkan segalanya..jaga diri ya.." bisikku pada angin..moga angin menyampaikan pesananku kepadanya walau aku sendiri tidak tahu dimana dia berada..moga si dia juga sedang mempersiapkan segalanya sama sepertiku..


Indahnya cinta..terima kasih kepada 'si dia' kerana sama-sama sedia memelihara demi cintaku padaNya..

Sunday, 11 November 2012

Ya Allah,lindungi mereka di Palestin..



“What have you done to help our sisters and brothers in Palestine..?!”

“What have you done for them?!”



ALLAH..


Soalan ustaz  itu tadi benar-benar membuatkan Marissa dan sahabat-sahabatnya tersentap..semua terdiam..tiada sebarang jawapan diberi..para hadirin yang hadir juga turut terdiam..

Ceramah yang disampaikan oleh ustaz itu sungguh memberi kesan kepada jiwa anak muda yang hadir pada hari itu..




Ustaz meneruskan ceramahnya..

 
Anak-anak muda yang dikasihi kerana Allah..

“Hidup ini terlau singkat untuk membenci,menyakiti dan hidup ini terlalu singkat untuk  perkara 'remeh'..terlalu banyak tanggungjawab yang kita ada..tapi manusia sering lupa..kadang-kadang sengaja  tidak mahu ambil peduli..”


“Manusia hari ini lebih sibuk untuk bersengketa dan membenci,bercerita tentang teman lelaki,keluar dating sana-sini,mementingkan hiburan,kewangan dan segalanya..sedangkan 'mereka' disana bertarung nyawa demi Islam..”



 ALLAH..

Timbul rasa bersalah dalam diri Marissa,Aisyah dan Nurul Iman..

Mereka semua terus terdiam dan diam..airmata mereka bergenang..cuba menahan dari menitis di pipi..

“Ya ALLAH..entah bagaimana keadaan mereka disana..ampunkan dosa kami ya ALLAH..kami terlupa tanggungjawab kami pada saudara seIslam..kami lalai dengan godaan nafsu dunia..ampunkan kami..lindungi mereka ya Allah..” bisik hati Marissa..air mata yang bergenang akhirnya menitis dipipi..




Ustaz menyambung ceramahnya..

“Saat ini Gaza,Palestin,Syria..mereka bermati-matian bermandi darah...demi AGAMA..demi DIA..

Mana mungkin kita boleh hanya mendiamkan diri..berlagak seperti negera telah aman..padahal penuh dengan kemaksiatan tanpa kita sedar..

Kita berani kata kita menyokong saudara kita..tapi hakikat sebenarnya,kita telah jauh terpesong..

Bagaimana kita boleh kata kita mampu menolong dan membantu mereka sedangkan diri kita sendiri kita tidak mampu 'jaga'..diri kita sendiri terumbang-ambing..tak mampu dibimbing dan membimbing..




Wahai anak muda..

Kasihani mereka..kalau kita boleh terharu,tersentuh perasaan bahkan boleh mengalir air mata menonton drama dan filem-filem rekaan..tapi tidak mampu merasa hal yang sama buat saudara mara kita..Allah..nantikan balasan di akhirat..mereka akan tunding jari pada kita di akhirat nanti kerana hanya mampu melihat mereka dijajah,dibunuh,dicela,diperkosa tanpa memberi mereka sebarang pertolongan.."


Marissa dan sahabatnya tekun mendengar..ada azam yang membara dalam jiwa mereka setelah mendengar kata-kata Ustaz itu..


Ustaz meneruskan ceramahnya lagi..


"Ayuh,jomlah solat hajat walaupun 2 rakaat,jomlah doa walaupun sepotong cuma..jomlah munajat,walau hanya kata-kata sekerat..
Jomlah anak muda..jom kita lakukan sesuatu untuk mereka..!"


Petikan Hadis..



Seluruh Dunia Datang Mengerumuni Dunia Islam


Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda: 

"Hampir tiba suata masa di mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka.."
Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?" 
Nabi s.a.w. menjawab, "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali,tetapi kamu umpama buih di waktu banjir,dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu,dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan'.."
Seorang sahabat bertanya, "Apakah maksud wahan itu wahai Rasulullah?" Rasulullah s.a.w menjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada mati".

(H.R. Abu Daud)



Umat Islam Memusnahkan Orang - Orang Yahudi

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda, "Tidaklah akan berlaku qiamat,sehingga kaum Muslimin memerangi kaum Yahudi sehingga kaum Yahudi itu bersembunyi di sebalik batu dan pohon kayu,lalu batu dan pohon kayu itu berkata, (Hai orang Islam, inilah orang Yahudi ada dibelakang saya..Kemarilah!Dan bunuhlah ia!",kecuali pohon gharqad(semacam pohon yang berduri),kerana sesungguhnya pohon itu adalah dari pohon Yahudi (oleh sebab itulah ia melindunginya).."

(H.R. Bukhari Muslim)


"Ya,umat Islam akan menang!umat Islam akan menang!itu janji Allah!kita kena bantu mereka..di akhirat sana kita pasti bakal ditanya..jadi jangan kita lupa." ceramah ustaz berakhir dengan bermacam nasihat..


Marissa dan sahabatnya beredar pulang..mereka keluar memcari  buku berkaitan dengan Palestin..buku yang menjadi pilihan antaranya ialah 'Palestin,kami datang' karya ustazah Fatimah Syarha..
 

"Ya,benar ustaz..kami mudah alpa..kami lupa tanggungjawab kami pada mereka..kami akan lakukan sesuatu untuk mereka..walaupun hanya dengan sekerat doa..hanya untuk Islam.." bisik hati Marissa..







                                                   SAVE PALESTINE!